Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 17, 2014

Perjalanan Penyusuan bersama Ahmad Rayyan (1 Tahun 3 Bulan)

Salam.. lama tak bersiaran.. tetiba berasa gigih untuk berkongsi tentang perjalanan penyusuan Ahmad Rayyan selama setahun 3 bulan. Sesungguhnya Tqah sejak sebelum bersalin memang gigih menggali ilmu penyusuan susu ibu. Hati ini kuat untuk menyusukan baby sehingga 2 tahun. Breastpump dan peralatan penyusuan memang disediakan lebih awal. seawal tahu preggy tqah dah target nk beli breastpump. Survey yang mana sesuai dengan work station, menjimatkan masa dan tenaga. First baby katakan, memang excitednya lain macam sikit.

pam berjasa

Kalau korang baca pengalaman bersalinkan Rayyan mesti korang tau yang Rayyan kena stay kt NICU sebab masa bersalinkan dia gula dalam darah tinggi and diorg drip insulin. So Rayyan kene stay di NICU untuk make sure sugar level dia normal. After deliver tqah dok di wad sorang-sorang (masuk wad dah kul 1am). Encik husband balik lewat malam tu setelah sehari suntuk menunggu di hospital sementara tqah bersalin. Disebabkan Tqah xprepare for worst, sebab think positif baby akan bersama kita once deliver, pam semua tqah tak sterile and so on, konon nk skin to skin bagai.
Esok paginya call akak utk prepare pam. Tapi tak pam pon, sebabnya dok pikir baby tak stimulate lagi, ade ke susu. Esok tgh harinya br boleh g melawat baby. Jenuh gak nak mencari anak sendiri dekat nicu tu. Nurse pon xde nak membantu pon. Pandai-pandai sendiri la cari. Naseb jumpa. Masa tu nk try breastfeed Rayyan tapi dia xnak sebab die da kenyang minum formula. Ok. Down kejap apsal nurse xadvise suh perah ke apa anta susu ke nicu. Sedih kan. Menyesal pon ade tak study pasal worst case if baby admitted NICU. Petang tu tqah da boleh discharge so balik rumah je.
Esoknya kul 10 pegi melawat Rayyan and nk bagi susu pon die da kenyang. Tanya doc either Rayyan dah bleh discharge belum doc belum bleh confirm. So seharian jugakla di NICU tunggu kebenaran Rayyan discharge. Alhamdulillah sepanjang tunggu tu try df laju dia menghisap.. tak tau la susu ade ke tak kan.  Alhamdulillah berkat doa semua orang Rayyan dah boleh discharge. Masa lepas keluar NICU tu die ngamuk2 xtau napa.. tqah try jugak bf.. dah bf tu.. ttbe dia diam. Ingatkan napa.. rupanya dia tido.. tqah ngan husband siap risau. Kot2 hidung die terpenyek xboleh nafas ke ape ke kan.. then da selamat sampai rumah lepas tu.


Malam tu bermulala episod, Rayyan nanges kuat. Tak tahu napa. Mama ckp dia lapar tu. Masa tux try pon picit nipple ke ape. Tqah memang tak reti. Baca n dalami ilmu tapi tak praktik. Tak tau yang nipple tenggelam. Baby xboleh hisap. Plus maybe susu pon tak de. Tqah seboleh-bolehnya tak nak topup fm. Actually sebelum bersalin tqah ade baca pengalaman kwn husband (http://www.syazni.com/2013/05/pengalaman-anak-warded-sebab-jaundice.html) pasal pengalaman dia anak jaundis susu xcukup. Dengan paksa relanya husband keluar cari susu untuk Rayyan. Masa tu memang pasrah. Tak nak sebab ego xnak bagi fm anak yang merana. Dengan sakit bersalin semua. Mama suh rest banyak, tak nak lasak2 dengan baby lagi nak kene jaga kan. Husband call nak beli susu apa. Tqah ckp ikut la xkisah pon the husband choose enfalac. Masa ni tqah pandang pam tu sepi je kat situ. Takpelah demi anak, waktu tu jugak xsabar nak panggil makcik urut dtg urut breast bagi susu banyak. But the main problem is nipple tenggelam, baby susah nak melekap mulut dia ke aerola. Ok dah bagi fm Rayyan ok.. lepas tu tido lena. Still try breastfeed dia jugakla masa tu. Minggu pertama malam je tqah topup FM sebab mama suh Tqah rest sebab hari ke3 or ke 4.. xingat tqah kene bentan. Suddenly rasa sejuk then bangun g toilet tqah pengsan masa tengah jalan tu. So disebabkan tu mama suh Tqah rest, malam je mama bagi fm. but slow-slow reduce the quantity after 2 minggu cam tu Rayyan da free from FM till now…
Okey tu kire pengalaman awal-awal bersalin kan. Susu Tqah takde la sebanyak orang lain. masa bawak balik stok ke kl tu memang xbanyak mana pon.. boleh la.. kire sampai rayyan 10-11 bulan still ade stok. tapi masuk dekat setahun tu dah xde stok. ibarat pam hari ni untuk esok. kebetulan bulan puasa lak memang merudum pas raya lagila stok nyawa2 ikan sampai terpikir nak topup fm. kebetulan lak lepas raya tu pam dpt sikit sangat.. try cek upt +ve preggy.. padahal period xdelay.. tqah dpt spotting awal. ingatkan period rupanya bukan. tapi after 3 days positive preggy tqah gugur. sampai sekarang still nyawa-nyawa ikan.. everyday paling banyak 15oz..harap weekend nak pam xsempat la rayyan gayut la..sabo je la.. tengah berusaha tmabahkan susu.. makan banyak minum banyak susu sama je.. rayyan sekarang minum 8oz skali mnum.. tapi 2 kali je dia minum kt rumah bs.. hope dipermudahkan sampai 2 tahun walaupun planning nk conceivenya next year.. haha.. gud luck all mommies. gali ilmu xsama cam praktikal.. tqah xready for worst case scenario like that.. 
bab ajar menggunakan botol memang rayyan dah guna botol since day 3 sebab dah bagi fm kan, lepas tu tqah just bg rayyan minum botol 1 session per day. takut2 kalau dia tolak botol kan.. alhamdulillah dia ok dengan botol. tqah paki pigeon perilistic plus botol kuning tu. tqah lagi suka botol kuning berbanding botol putih tu sebab bile basuh rasa bersin. botol yang putih tu cm kelabu. nampak xbersih. sebelum bersalin memang aim botol ni. alhamdulillah rayyan terima je botol ni n reject botol lain. maybe sebab puting pigeon lembut cam nipple kot.

masa ni br 5 hari kot

alhamdulillah ade few kawan yang still contact mintak advise tqah psal breastfeed. tqah pon masih belaja ilmu ni. takde la terer. just belaja dari pengalaman. susu sikit bukan alasan xbleh breastfeed.. just kalau memang betul xcukup xkisah kene tmbah fm ke ape.. but try to breastfeed at same time. 

Gud luck all mommies..you can do it! 

Tuesday, September 9, 2014

Hijab pin @bysakinah

Salam semua.. 

Just nk promote my new business.. Tqah dah start jual pin tudung yang comel dan gojes untuk digayakan bersama tudung xkira bawal atau shawl.. Boleh follow instagram @bysakinah atau like page di facebook by sakinah (https://www.facebook.com/bysakinah)

Antara koleksi batch 1 yang ada seperti dibawah:  










Untuk harga boleh Tgk di facebook atau instagram.. Nak lagi cepat? Whatsapp je tqah di 0196348003

Cod di klcc boleh tgk live koleksi yang ada.. During lunch hour.. Atau pon hulu langat.. Chulan square.. Pavillion dan pantai dalam boleh diatur..

Soon tqah akan letak pin ni di concept store di kepong dan mobile agen di hulu selangor.. Selain itu tqah akan berada di kedah weekend ni.. Nak tgk di alor star whatsapp je tqah key.. Maybe tqah akan tinggalkan stok utk adik tqah di kedah jugak..  Jom follow and like page di atas keyy.. Thanks u olss

Monday, July 21, 2014

Ahmad Rayyan is One

Salam..

Lama xberupdate bukan xbuka dashboard.. malas sebenarnya.. teruk betul la kan..kisah Rayyan langsung xkongsi kat sini.. banyak share dekat instagram je..

Rayyan masih fully breastfeed sampai saat ini.. Alhamdulillah.. production susu so so je bulan puasa ni..gamak xcukup tambah sesi mengepam je.. bab makan pulak.. kt rumah bs tqah masakkan nasik lembik 2 genggam hari-hari mesti licin.. and 1 portion buah-buah lembut.. kalau beli kiwi seminggu la makan kiwi.. kalau buah naga seminggu buah naga. hehe.. 

Perkembangan fizikal Rayyan.. berat die xcapai 10kg pon lagi.. pipi menten chubby.. badannye ringan je.. Rayyan agak rendah.. so beli baju n suar 1 set..baju muat.. seluar macam skirt.. pastu rambut cm gigirl sbb tqah sayang gile nk potong rambut dia.. and orang selalu panggil dia gigirl..

Rayyan dah start menapak masa 10 bulan ++.. boleh berjalan without support ms 11 bulan.. setahun ni suke jalan laju2..



perangai lak super manja sangat dengan tqah.. dah masuk setahun ni dah pandai tido lambat.. kul 12pm br nk tido.. birthday celebration die xde pon.. sebab bulan puasa.. maybe masa raya nanti br nak celebrate.. 

just semalam husband tqah wat macaroon.. kitaorang letak la lilin.. die padamkan lilin pakai jari dia.. suka hati je budak kecik ni tauu.. small celebration more to tangkap gambar je pon.. macaroon mommy, papa ngan mamalong yang makan.. hehehe..



Happy Birthday anak mommy, Ahmad Rayyan Mohd Asrul Hafiz
19th July 2013- 19th July 2014
10 Ramadhan 1434 H - 10 Ramadhan 1435H

Mommy dengan papa sayang Rayyan sangat.. big boy..bijak..anak soleh mommy.. bakal pemimpin adik2.. Aminnn