Sebelum ni bekas garam kasar.. garam halus.. gula untuk dimasak di letak dalam bekas kecil ikea ni.. kekurangan bekas ni.. muka bekas tu kecik.. time kalut semua nak tumpah ditambah pula dengan tudung xmesra pengguna.. dan agak kecil untuk simpan gula untuk dimasak (note : kalau masak sambal tqah letak sekurang2nya 3 sudu gula). nak maintain kebersihan bekas ni pon susah.. sebab dok sebelah dapur.. confirm la percikan minyak terkena kat tudung botol tu..n nak bersihkan pon kena detail la..
![]() |
| nampak lak kotoran atas meja tu.. hahaha.. |
satu hari tu perut kenyang sebab bawak bekal.. dok planning nak terjah Daiso la.. kegilaan kat daiso tu boleh duduk 1-2 jam tanpa beli ape-ape n belek barang 1 1 dan habis duit berpuluh ringgit kat situ.. Daiso pilihan kali ini adalah di Avanue K.. Daiso ni baru sangat bukak.. kalau pegi time lunch hari jumaat tu..ramai gile umat manusia.. beratur 10 minit br bleh bayar.. sebelum ni jarang ke daiso sebab di KLCC memang xde Daiso..paling dekat pon dekat Pavilion.. di Daiso ni, terjumpala bekas garam cam gambar dibawah.. dah isi garam kasar, halus and gula.. belum label lagi sebab xsempat2 nak label lagi..
kelebihan bekas ni die dah kasi sudu skali.. so xyah susah-susah nak letak sudu.. kemas sebab sudu tu di dalam tudung and ada tempat letak sudu tu sekali..
ada 3 bekas je untuk bekas daiso ni..letak benda asa selalu guna untuk masak.. garam kasar.. garam halus and gula je.. lagi 2 bekas kunyit and serbuk cukup rasa tu jarang-jarang guna letak kat other side sebelah dapur.. dengan bekas oil filter beli di daiso gak.. baru beli jugak
nanti akan share pasal susun atur atas rak dan keseluruhan dapur yang sangat sempit ni..



