Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Perihal baju raya kami

Morning..

last day bekerja.. yeay.. tak sabar balik kampung sebab taun ni giliran raya kt kedah.. baju raya taun ni da prepare awal2 sebelum puasa lagi.. da ade anak ni baju sendiri xpikir kan.. pikir ke anak je.. baju melayu mr lebah n Ahmad Rayyan just recycle baju kenduri kakak tqah last January je.. so jimat kt c2.. just beli tshirt2 je.. Rayyan punya  tqah beli kt warehouse poney je.. masa tu offer 3 lai rm50.. so mmg worth.. jeans pon sama harga.. kalau anak girl lg gile kott... hehee.. pastu baju poney tu ade 2 da sendat..so tqah beli selai baju cotton on.. banyak tshirt rayyan bleh pakai lagi..baju last year pon ade lg yang baru..skrg ni rasa kene beli baju pakai kt rumah sebab semalam mr lebah komplen apsal baju rayyan kotor and buruk.. hihi..sebab baju pakai kt rumah bs banyak tumpah makanan la ape la.. biase la budak2.. baju mr lebah pon tqah beli cotton on je.. tshirt biase je 2 lai.. selai RM15.. harusla shopping time offer.. kalau tak offer kite usya je sampai offer k.. tqah nye baju kain da lama beli sama ngn mama semua.. so konon sedondon pakai baju pink.. pasrah la mr lebah kan.. hihi..semalam beli sampin kt rayyan kt kedai kain 1 malaysia. rm5 je.. besar skit.. xpe nnt pin je sebab baju dia teluk belanga johor.. so samping ke dalam kan..


Kasut raya anak? xbeli.. jimat sebab ritu da beli converse.. so pakai je yang tu..converse tu saiz besar key..kalau x pakai clog yg sedia ada je.. xyah banyak2.. dia bkn suka sangat pakai kasut.. rimas kottt


Tips berjimat :
beli masa sale.. ms raya memang sale tp xgila sangat.. n bajet brp harga kite nak..cm tshirt max rm20.. so da bleh bajet..bile jumpa harga within range terus beli.. so xsakit sangat nak raya.. ritu beli siap baju adik2 ipar masa poney..sume sama baju rayyan jenis kemeja..

Sebab shopping raya awal sadisnya xdpt sampul raya.. sebab sepanjang bulan posa ni kitaorg xshopping sangat..shopping pon brg dapo je.. 

ok.. sambung wat keje.. bye!!!

Wednesday, October 24, 2012

Tips untuk wat Bank Draft atau Cek

Salam all bloggers,

just nak share tips kepada yang mungkin akan berkahwin mungkin tertanye-tanye prosedur untuk wat cheque atau bank draf..

yer lah kan.. nak letak atas hantaran..tak kan nak bagi cash ribu riban,..

senang je kawan-kawan..

g ke maybank.. cakap saya nak wat cek/bank draf.. dapat je borang.. isi.. actually pembayar bleh bawak nama penerima.. maksudnye.. kalau nak nama tu bawah nama korang sendiri pon bleh.. then masa process tu ade processing fee..

for example :
tqah sendiri yang wat cek tu atas nama tqah so boleh.. kalau orang lain nak wat atas nama korang pon boleh...just nak cash tu kene masukkan dalam akaun number pemegang cek tu oki?

tu je.. senang kan.. pastu korang akan dapat cek atas nama yang korang nak letak tu..senang je pon.. beria nak bagi tips kann..

untuk hukum akad nikah menggunakan mas kahwin cek adalah perlu disebut secara hutang.. bleh refer entry NINI (klik untuk ke entry) sebagai rujukan..

ape2 pertanyaan bleh komen..kalau tqah tau tqah cuba jawab ea.. atau email ke atieshaadriana[@]yahoo.co.uk
okie..nk g lunch ngn besties.. byee..

p/s: taip semalam rini br nk publish.. gedik tak.. sorry xde gmbr..






Thursday, September 6, 2012

Night before nikah punya cerita..

Majlis nikah adalah pada hari jumaat 24 Ogos 2012 Jam 3 Petang - after solat Jumaat

malam before majlis baru terkedek-kedek pakai inai jam 11 malam.. tu pon after da mandi wangi-wangi..
tak sempat nak pegi spa bagai.. just sempat pedicure menicure je hari rabu petang.. tu pon dah nak magrib sangat pegi.. memang berkilat milat kuku sampai inai pon tak nak lekat..

kisah inai pula.. berpanas petang amek inai belakang sekolah (note rumah cik puan tqah belakang sekolah).. then bile balik je rumah mak sedara ckp inai di rumah nenek sedara kejap je merah.. so sebab nak pakai inai pokok punye pasal drive g umah nenek sedara ngan mak sedara yang bgtau tu.. balik tu terus leraikan inai tu.. leraikan bukan sehelai2 tau.. buang urat tengah daun tu key.. means daun tu bahagi 2..untuk elak banyak serabut kt inai after blend..

back to inai punye cerita.. pakai sampai lebih kurang kul 3.. tengok xmerah2 lagi.. even kat jari pon xmerah.. darah jenis apakah? sampai inai yang di war-warkan merah menyala even pakai sejam 2 langsung tak terkesan kat tangan cik puan tqah nii..

then dengan hati hiba tak cukup tido mencari2 inai tiub yang mama beli kat mekah.. yang sadisnya.. inai tiub pon de 2 3 tiub je.. memang x cukup untuk kaki n tangan.. redha je..letak sikit2.. nasibla..pakai dalaam sejam camtu.. nasib la merah.. just nice....

kul 530 my bff dr kl da sampai ngn bas.. kak long ngn cik tqah masa tu g fetch die kt shahab perdana..
after subuh cmtu konon nak tido jap..tapi hampes je..xbole nak tido da.. mandi2.. makan2 kejap.. kul 9 lebih g mekap..

jangan tiru aksi ni..konon nak pakai inai malam rabu.. bagi pengalaman sendiri advise orang lain pakai inai 2 malam sebelum majlis untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti diatas...

layan gambr sikit.. de 2 pics dr op.. i'm lovin it..buka tab hari2 semata2 belek gambar sendiri..addiction.. xsabar tunggu full pics..

muke happy pas pakai inai.. pastu muke tensi..hahaha

alhamdulillah.. berkat inau daun yang x merah ngan inai tiub hasil ohsem.. pic kredit to my OP

our ring.. me n him
note : gambar cincin kami dipilih oleh client OP untuk dimuatkan dalam iklan kopi mereka.. setela mendapat keizinan kami... nantikan iklan tersebut nanti ya! 

p/s : semalam OP from http://selphya.com da bgtau minggu depan album siap.. full pics in dvd.. die nak pos.. yess.. nnt confirm hari-hari ngadap gambar kawen.. cam sekarang ngadap gambar tunang sambil dengan Mr Lebah main gitar (rumah kami xde TV - ade yang nak sponsor adiah? )

Wednesday, July 27, 2011

Event Focal Point Tips

Assalamualaikum readers..

semakin lama semakin bosan kan blog ni? sebab jarang update.. bukan langsung tak buksa dashboard ni.. malah hari2 buka and baca post orang.. nak komen? rasa malas.. time rajin je tertekan button komen tu..kalau tak.. jangan harap..bukan tak nak komen.. tak tahu nak komen ape sebab entry korang sangatlah hebat.. terasa kecil je diri Cik Tqah ini kan..

Pejam celik pejam celik.. dah setahun da bekerja di Accenture ni.. environment? biase la,.. kenela compete each other kan.. multinational company.. standard ar tu.. lagi-lagi kalau sekeliling kite bukan dari kalangan yang sama.. hope takde opismate yang baca.. hahaha..

kalau nak berjaya kat company ni? kenela wat mende yang orang lain tak wat..kene perform.. bagi orang tahu kewujudan kite? masalah orang melayu untuk berjaya adalah komunikasi.. mungkin tak didedahkan sejak azali lagi.. yang didedahkan itu ok.. contohnya orang bandar.. banyak speaking.. berbanding ngn orang kampung celup seperti Cik Tqah ni.. nak communicate in English ingat senang.. dulu SPM Cik Tqah English nyaris tak kredit tau.. Alhamdulillah sejak masuk UiTM memang banyak improvement.. and dah keje.. nak tak nak kenela speaking.. or else.. cmne nak communicate.. masa ni la kata-kata Usop Wilcha tu terpakai.. yakni " itulah pentingnye English Education"

OK.. berbalik pasal nak perform.. kene la join kelab2 selain dari hanya mengahadap kepada kerjaya je.. contohnya kelab sosial.. tak boleh anti sosial ye.. tapi CIk Tqah before kawen ni insyaAllah boleh bersosial.. later da kawen insyaAllah kurangkan aktiviti ni yang dianjurkan kot..kene tumpu both family and kerjaya kan.. since dekat Shell ni.. takde pape sumbangan sangat so dis year join la Social Commitee.. masa first meeting ade la who and who volunteer.. so dat terpaksa la volunteer utk event buka puasa..

ingat senang ke nak manage event tu? terpaksa jadi ketua sebab bos Accenture yang nak support for this event.. kene deal ngan hotel ternama disamping nak jaga nama baik Shell..so dat kene polite sangat (Cik Tqah sangat susah nak polite kalo orang kuang aja ok)..

manage event.. mende perlu dipikirkan :

  1. haruskah pikir pasal bajet
  2. head count. bapa orang nak join event tu,
  3. menu untuk event tu
  4. aktiviti
  5. deposit untuk booking
  6. other things..
kalau manage sorang-sorang kadang2 kite rasa perfect je..padahal banyak lagi mende kite kene amek tau.. and mungkin ade yang kite xpernah terpikir.. nak send out email pon kene hati2.. so that xpayah orang bengang sebab spam mailbox dengan email kite yang x cukup maklumat..  perlu send yang tepat and padat ok..

sume bende yang kite wat kene belajar dari kesilapan orang yang lalu.. sebabtula ada pepatah pengalaman mendewasakan.. kalau kite tak pernah wat.. sampai bile-bile kite takkan belajar kan..

so.. masa study sepatutnya da grab opprtunity ni.. jadi seorang yang ada inisiatif untuk belajar.. pesanan untuk diri sendiri dan semua student diluar sana untuk menempuah alam pekerjaan.. banyak lagi yang kite perlu tau.. perlu belajar.. tak semestinya apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja.. perlu juga tau ilmu untuk survive didalam hidup untuk future..

panjang betul membebel.. agak-agak penuh informasi tak?

pasangan mana paling comel? ingat tak pasangan belakang yang bari bernikah dalam cerita pengapit? comel sangat.. Congrats Fatin and Khalis.. semoga cepat dapat baby :)

Thursday, February 10, 2011

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis - Info penting untuk semua..

Salam readers.. dalam kebizian membuat kerja Cik Tqah mencari-cari idea untuk dikongsi bersama-sama ngan korang.. Info ni Cik Tqah dapat dari Syok.org.. korang baca sampai abesh taw.. sangat penting.. the main info yang nak bagita..kalo kene tahan.. jangan jawab apa-apa selain nama, nombor kad pengenalan, alamat.. INI adalah SANGAT PENTING.. ok.. baca kat bawah ni..


SUMBER DARI : www.syok.org


Gambar diambil dari SINI


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM

Wednesday, January 12, 2011

Konspirasi Facebook akan ditutup hanyala tipu semata-mata..

Salam kawan-kawan yang jauh di mata dekat dihati..ceewah.. minggu ini penuh dengan konspirasi kan.. kemenangan yang tak dijangka ketika Juara Lagu yang ke 25 dan juga khabar angin tentang penutupan sebuah laman sosial yang menjadi kegilaan orang zaman sekarang tak kira muda atau tua iaitu Facebook.

Kemenangan yang tak dijangka di AJL iaitu Ana Rafali.. mungkin itu rezeki die.. kan ketua juri kali ni M.Nasir.. so mungkin die nak kelainannye.. Lagu M.Nasir kan pelik-pelik je.. macam tuh jugak die choose pemenang untuk AJL kali ini.. so..
korang jangan pertikaikan pulak.. okey? chill okey..jangan gadoh-gadoh.. :P

Tentang penutupan Facebook pulak yer kawan-kawan tuh sume khabar angin la.. Cik Tqah terdengar Hot FM pagi tadi diorang dah ade prove yang sume tuh hanya rekaan semata-mata.. Facebook tak akan ditutup okey..

Actually gejala Facebook ni ade kelemahan dan kelebihannya yer kawan-kawan.. korang rase ape kelebihan and kelemahannye? 

Bagi Cik Tqah Facebook punye kelebihan adalah:
Satu (1):
Merapatkan silaturahim sesama kawan-kawan, saudara, sepupu sepapat dan lain-lain.
Dua(2):
Boleh bukak bisnes dan menjana pendapatan sampingan. Bukan Cik Tqah nak cakap blog tak boleh menjana pendapatan tapi Facebook secara tak langsung kite boleh mempromote barangan kite.. bukan hanya kita boleh tahu tentang barangan tuh tetapi orang lain yang jadik friends kite pon boleh view jugak.. 
Tiga(3):
Boleh jemput makan kenduri kot FB.. boleh taw org bertunang/berkahwin dan sebagainya

Kelemahan:
Satu(1):
Membuang masa dan melalaikan..yer la..dok belek berjam-jam..sampai tak bleh wat kije lain
Dua(2):
boleh gaduh kat facebook- macam-macam fanpage ditubuhkan
Tiga(3):
orang bleh wat fake profile.. so boleh gune gambar sape-sape je untuk jadik fake..

moral of the story?? korang pikir la sendiri..hahaha..

bubbyeee


Thursday, January 6, 2011

Asal ujan je KL jem... eksiden.. kete terlabik..ops terbalik..

Entry baru lagi? rajin betoi update belog malam ni.. semalam dan malam sebelumnye bukan tak nak update.. tapi internet wireless ni wat hal plak kan.. malam-malam langsung xbleh nak surf.. sian tak kt Cik Tqah... terpaksa la dgr lagu je..pastu tido.. tak boleh nak blog walking.. then traffic pon down jadik belas-belas.. kalo tak blog walking memang sket la traffic blog ni.. sian kan.. huhu..

okeyla.. tamat untuk kisah kesian mengesian.. skang ni pon nak cite pasal kesian jugak.. sebab pe.. kalo ujan je mesti jem je jalanraya.. bukan jem roti ok.. korang taw tak aper sebabnye penyumbang kepada jem atau kesesakan jalanraya ni sewaktu ujan??

Sebab 1:
Penunggang motsikal yang biasanye menunggang motosikal ke tempat kerja beralih arah mendrive kederaan beroda EMPAT.. means kereta..lori atau yang berkaitan dengannya.. Maksudnye cam kenderaan yang berbumbung supaya tidak basah..

Sebab 2: 
Pemandu kenderaan terpaksa memandu kenderaan dengan kelajuan yang terhad.. sebabnya jarak penglihatan terbatas ketika waktu hujan..selain itu.. disebabkan jalan jugak licin..so kene lah bawak kenderaan dengan penuh hati-hati

Sebab 3:
Disebabkan sesetangah pemandu yang mungkin kekok atau terbiasa drive kenderaan secara laju..so bile time ujan jalan licin-licin pon nak laju jugak.. menyumbang kearah kemungkinan tinggi kepada kenderaan terbabas.. so.. setelah kenderaan terbabas.. jem akan mula menjadi lebih teruk disebabkan pemandu-pemandu lain pula cuba untuk melihat kemalangan tersebut.. 

Sebab 4:
Disebabkan kemalangan menjadi kemalangan.. ha.. berkait rapat dengan situasi diatas la.. tengok orang eksiden boleh plak tak perasan kereta depan tuh slow.. kite ni boleh plak terlaju kan.. so.. konpom belanggar kan.. bile kite langgar..oang len nak tengok kite plak kan.. so..mengundang jem jugak..betol tak kawan-kawan??

Pesanan penaja
Tips ketika ujan:
Tips 1:
 Pakai Tali pinggang -wajib.. kalo tak kene saman
Tips 2: 
Pasangkan lampu kenderaan anda - baru orang akan nampak kenderaan anda.. kalo ujan lebat tuh kadang-kadang ada jugak makhluk yang tak pasang.. mungkin rosak lampu Honda die tuh.. tak mampu nak repair sebab sparepart Honda kan mahal..
Tips 3:
Jangan langsung menoleh kepada eksiden yang berlaku..pastikan anda tumpukan penuh kepada pemanduan dihadapan...
Tips 4:
Jangan drive terlampau laju kerana mungkin anda tidak mampu mengawal kenderaan anda...dan kemungkinan anda terbabas adalah tinggi..
Tips 5:
Jangan lupe bagi isyarat kalo nak masuk mana-mana..ha...ni memang Cik Tqah pantang.. nak masuk line kite tak nak bagi signal.. mentang la Pinky Cik Tqah plate Kedah.. diorang buli.. huhu..sian kannn

morale of the story.. berhati-hatilah ketika memandu terutamanya pada waktu ujan..
last sekali..
Pandu Cermat Jiwa Selamat

sumber gambar: Mr Google

Tuesday, January 4, 2011

Korang tau tak road hump boleh membunuh??

Salam sejahtera di hari Selasa.. Cik Tqah baru lepas makan.. bile kenyang mata mula memikirkan tilam yang empuk.. alangkah indahnya kalo boleh tido di waktu ini.. tadi lapa perut membuak-buak mintak diisi..lepas isi perut mata pula berkelip-kelip seperti mahu pejam.. oh indahnya dunia kalau tak payah kerja.. dok umah goyang kaki bulan-bulan masyukkk.. orang laen wat belog dapat gak ribu riban.. Cik Tqah puluh-puluh pon belom.. tak per lah..belom rezeki agaknye..

Hari ni nak cerita pasal "Road Hump".. korang taw tak hape tuh Road Hump?? tengok gambar bawah ni..lebih kurang la.. 

ala.. bonggol macam unta kat tengah jalan tuh.. kalo korang laju masa bawak moto, kete, bas, lori or sebagainya korang akan otomatik break or slow sebab mende alah tuh.. tuh pon kalo korang sayang kenderaan korang tuh la..

Actually nak kongsi satu cerita ni.. sape ntah cite kat Cik Tqah..pasal road hump ni la.. mamat moto ni selalu lalu jalan tuh pegi keje and balik keje.. satu malam tuh diorang pasang road hump ni kat jalan die biase lalu tuh.. esok pagi nye die pegi keje and lalu jalan yang baru dipasang tuh.. tanpa papan tanda amaran sebab bari dipasang malamnye tuh.. and die pon  tak perasan kewujudan road hump tuh.. last-last die langgar dengan laju dan terpelanting.. so.. meninggal.. kesian tak.. tak bersalah aper-aper pon kan.. maybe ajal die jugak kan.. tapi penyebab kepada kematian tuh adalah sebab road hump tuh... betol tak??

Road hump atau bonggol unta kat tengah jalan tuh ade kebaikan dan keburukan die jugak.. kebaikan die adalah orang tak bleh bawak laju-laju.. selalunya road humo ni dipasang di taman perumahan la.. sebab probability orang memecut laju kenderaan masing-masing adalah dimana-mana sahaja.. so bak kata pepaath inggeris "Prevention is better than cure" kan.. 

Keburukan road hump ni adalah boleh merosakkan kenderaan dan menyebabkan kematian seperti kisah diatas.. merosakkan kenderaan means kalolah kete yang lowered-lowered tuh..korang rase tak sagat(bahasa kedah means terkena kat bahagian bawah kereta) ngan tar jalan tuh?? mestila kena.. rosak kete yang cun-cun tuh.. so.. kalo korang nak lalu kot road hump tuh..korang kene sengetkan sikit tayar kete tuh barula skirt ke bumper ke kete korang tak terkena ngan tar.. ha.. siap bagi tips lagi kan.. 

okeylah.. dah penat Cik Tqah membebel.. nak sambung wat kije..ceh..poyo je.. malas ni..mata berat giler.. bos tak de so bleh la kalo nak mengular kan.. hua hua.. ops.. terlepas sudeh :P

Terima kasih daun keladi kerana membaca entry ini.. 
Lain kali baca lagi!



Sunday, November 28, 2010

alasan ponteng kije/mengelat/mengular..

disebabkan esok ari isnin..mesti ramai yang malas nk pegi kije kan..


ha..malam ni cik tqah nak kongsikan ape korang boleh bagitaw bos kalo korang malas sangat nak pegi kije esok  yer

1. sakit perot.. more suitable untuk pompuan.. boleh ckp kat bosa korang korang ni period pain..die bukan boleh check pon.. boleh gak diterima akal kalo pegi dekat doctor utk mintak mc..haha
2. ader urgent family matter.. ha.. ni time betol2 urgent nk wat pape.. jangan gunakan selalu la.. kang bos pelik plak korang nye family asek problem jer kan..
3. kucing sakit.. ha.. ni amek pengalaman kawan Cik Tqah.. nnt jangan lupe mintak kt doctor kucing tuh MC key.. haha
4. kene balik main company.. ha.. ni kalo kes macam Cik Tqah yang dok kat tempat client.. boley wat alasan laptop rosak ke.. nak kene jumpe bos kat main company ke.. hehe..
5. kete rosak.. skali skala boley la pakai.. hehe..

ha.. sudah-sudah la tuh..pegi wat kije ok.. jangan pakai sangat alasan Cik Tqah yang merapu ni ok..kang bos dapat detect naya korang

nota kaki: kawan Cik Tqah da salute sbb slalu bg idea bernas untuk mengelat..haha