Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 2, 2015

Rayyan da kurang minum EBM

Salam semua..

Just nak share pengalaman menyusukan Ahmad Rayyan.. now Tqah still pam kt opis.. 4 kali pam sehari.. pagi sebelum subuh.. 2 kali kt opis sekali dlm kete otw balik.. kadang xsempat pam kt opis pam sekali je.. hasil sehari less than 10oz.. sedih memang sedih kalau bleh nk menyusukan sampai 2 tahun kan.. tapi acaner hasil banyak tu je dapat..

so sebab susu semakin kurang ni tqah cari alternative lain untuk Ahmar Rayyan. Hari tu tqah ade nampak Zura (http://anakpakshaikh.blogspot.com/) admin resepi makanan baby kt fb group atau blog (http://resepimakananbaby.blogspot.com/) share pasal home made vitagen. cuma tqah xberkesempatan nak wat/beli yogurt.. sebab resipi tu pakai yogurt.. so one day tqah beli blueberry untuk rayyan tapi dia cm makan main-main je.. so tqah try la wat air yogurt tu.. esoknnye bawak g rumah bs.. malam tu actually dah kasi Rayyan rasa die memang pulun sampai sendawa... petang tu dpt feedback dari bs yang Rayyan suka air tu n susu ada lebih. Alhamdulillah.. tak risau dah mummy sebab dia da kurang menyusu.. bukan tqah nak wean off susu ibu or tarik hak Rayyan. tp sebab susu tqah kalau pam memang sikit.. kalau direct feed pon Rayyan kadang-kadang cm xpuas menyusu sebab dia siap tukar2 lagi kejap kanan kejap kiri..

susu formula? so far Tqah xpernah beli susu formula n ade gak try suh bs kasi fm yang cucu dia just nk try but Rayyan tak nak.. fresh milk pon dia tolak.. tapi yogurt and air buah memang feberet dia.. so lega Rayyan nak minum minuman sihat..

untuk kongsikan info yang tqah dapat dari sahabat tqah husbandnya paed di Hospital Kajang, after 1 tahun makanan adalah sumber utama untuk pertumbuhan kanak-kanak manakala susu hanyalah pelengkap. So sebahagai ibu kita kene fokuskan menyediakan makanan lebih berbanding susu. dan tidak bergantung kepada susu semata-mata. actually banyak yang bleh gantikan susu sebagai kalsium terutamanya sayur-sayuran hijau, yogurt, keju, telur dan sebagainya.

Tqah start intro Rayyan dengan mnuman Yogurt ni hampir 2 minggu dan Tqah cuba mempelbagaikan perasa minuman tersebut. Antara buah yang Tqah gunakan adalah blueberry, kiwi (sedikit pahit jika diblend bersama biji), anggur hitam, honey dew dan peach. Selain itu, boleh juga mencuba buah-buahan lain seperti strawberry, mangga, plum, epal dan lain-lain.

Resipi asal dari sini : http://resepimakananbaby.blogspot.com/2014/12/homemade-vitagen.html

Tqah just ubah ikut kesesuaian je.. xde exact resipi pon.. ltk air buah n yogurt agak-agak je.. bagi ade rasa sikit-sikit.. make sure lepas blend tapis buah tu..then amek air without hampas n blend semula dengan yogurt..kalau x blend yogurt akan berketul.. air ni tahan 3 hari dalam chiller tp tqah mmg wat hari-hari blend.. sehari 2 botol ebm ni.. 10oz..