Hi readers,
dis is one of my hobby.. baca novel.. berangan tak abes-abes.. memang dari dulu minat sangat ngan novel.. sampaila kenal penulisan2u.. certain novel yang dimiliki skang based of pembacaan online.. kalau masa sekolah menengah +study dulu tak mampu nak memiliki novel-novel karya penulis terkenal sebab harga novel mencecah puluhan ringgit.. baik digunakan wang tersebut untuk makan kan.. sebab tu la badan debab cam skang ni.. but skang ade gaji.. boleh la shopping sikit-sikit untuk hobi.. sikit-sikit pon lama-lama da penuh rak 3-tier rm 12 yang dibeli kat carrefour tuh.. so kene beli rak besar sikit lah pas kawen nnt.. Mr Lebah siap cakap lagi..nnt ade bilik bacaan kat rumah kite penuh ngn novel Cik Tqah je kan..
Berbalik kepada novel ni.. Jodoh itu Milik Kita.. sinopsisnya boleh didapati disini.
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
Jalan cerita yang sangat menarik buat penulis baru sara aisha.. berjaya menarik ramai peminat..sampai tertubuhnya kelab peminat di FB.. dengan cara ni sara mampu mendekati peminatnya dengan lebih dekat la..salah satunya Cik Tqah (apsal tulis macam tulis dalam barita harian ni).
Jalan ceritanya seperti begini :
Dahlia seorang gadis yang dirayu untuk berkahwin dengan pemuda yang tidak dikenalinya (Shafiq) oleh ibu pemuda itu sendiri. Dalam masa 3 bulan pertunangan setelah lelaki tu berjanji menerima Dahlia sebagai isterinya namun Shafiq lari pada hari pernikahan mereka demi mengejar kekasih lamanya. Muncul abang angkatnya (Aariz Danial) yang pernah berjanji pada diri sendiri untuk tidak berkahwin tapi terpaksa memungkiri janjinya demi menyelamatkan maruah kedua-dua buah keluarga. Akhirnya pada majlis yang dirancang untuk Dahlia dan Shafiq menjadi Majlis Perkahwinan Dahlia dan Aariz. Proses perkenalan selepas kahwin membuatkan mereka berdua hidup bahagia sehinggalah Shafiq pulang setelah ditinggalkan kekasih lamanya. Di saat itu Shafiq memulakan strateginya untuk merampas semula hak miliknya kerana baginya Aariz hanya perampas setiap apa yang dimilikinya selama ini. Antara cabaran pasangan ini adalah kisah silam Aaariz yang menghantui dirinya membuatkan die berasa tidak layak untuk Dahlia. Kisah itulah yang dijadikan senjata oleh Shafiq untuk memusnahkan perkahwinan Aariz dan Dahlia. Namun jodoh yang kuat antara mereka akhirnya menyatukan mereka kembali.
Tengok.. dapat note and sign dr penulis sebab Cik Tqah beli direct ngn penulis.. yeay.. sanggup tido lambat nk abeshkan..memang tak rugi :)
Nak tahu kisah penuh? tunggu novel ni berada di pasaran but boleh jugak dibeli online di http://www.karyaseni.my
Blog Penulis Novel ini (ada episod 1 - 13):
http://watashinosara.blogspot.com/
dearr.. cik bunga tak layak jadi minah novel pon.. huuu, jeles ngan ulat buku cm kamo.. ~.~
ReplyDeleteJom singgah entry pertame C i N t ª β u N g ª untuk tahun 2012 :)))
C i N t ª β u N g ª vs K.A.H.W.I.N
mmg dah baca sinopsis..cam best;)
ReplyDeletetak sabar nak grap:)