Ada story nak cita ari ni.. tadi pindah opis baru.. suma orang pakat tanya.. tuka keja ka? pindah pegi mana plak.. maapkan saya sebab tak clarify menda ni betul2.. actually still keje sama.. just bertukar tempat ja.. dari wisma 2 ke U-Village.. so..still dalam cyberjaya cuma different building ja..
boley tak nak rate tak besh building baru ni.. sangat tak friendly atas sebab musabab seperti dibawah:
- Parking tersangatlah jauh sebab kontraktor Shell tak dapat kemudahan parking.. so terpaksa berjalan 10 minit untuk ke pejabat.. actually tak kisah sangat pasal jalan sebab time ni la nak kuarkan peluh.. but keadaan jalan untuk pejalan kaki sangatlah sadis.. hari pertama ujan turun renyai2 menyebabkan becak so boleh mengotorkan pakaian yang cun sebelum ke tempat kerja.
- Bangunan yang sangat besar meningkatkan kemungkinan untuk sesat yang lebih tinggi.. hampir tersesat ketika mencari surau dan mencari jalan pulang ke meja,..
- Rest room yang diagung-agungkan selama ini hanya tinggal sofa yang empuk tanpa katil yang berhias cadar kosong seperti cadar asrama tetapi tetap menarik hati Cik Tqah untuk melelapkan mata yang hanya terbuka kurang dari 1 cm setaip kali selepas lunch.
- Kurang selesa dengan persekitaran tempat baru. tempat baru sekarang merupakan laluan utama manager, bos-bos besar serta orang kecik seperti Cik Tqah. so kuranglah aktiviti untuk bersosial di laman-laman belog serta facebook.. kesian kan.. tak boleh nak komen belog korang..
- Jika mahu minum pastikan bekas tuh mempunyai lid.. means dat korang kena pakai bekas bertutup. 1 more things tak boleh makan kat work station.. bagi Cik Tqah its ok sbb jarang sangat nak menguyah time wat keje.. but bagi orang lain.. sangat tak besh..
- Ekon agak sejuk. sepatutnya terdengar cerita dari kawan yang berpindah lebih awal ke bangunan ini.. ekon sangat sejuk seperti berada dikutub utara.. so dengan rasa bangganya Cik Tqah pon bawaklah jaket Elle yang dibeli di bundle dengan harga seringgit.. confirm korang tak percaya kan.. tapi ini memang kenyataan.jangan jelesh k
baru dok kat bangunan ni sehari so tak boleh nak judge abes abesan lagi sebab building ni pon building baru and still under renovation.. hope dapat sesuwaikan diri kat cni.. no more fb or blog after dis.. becoz banyak keje menanti disana.. help me..
before dgr briefing HSSE |
Sesat ketika mencari Surau |
No comments:
Post a Comment