Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 2, 2011

2011.. baru ku sedar umurku dah meningkat...

Salam Hari Ahad semua.. tak berkesempatan nak update blog yang sudah bersawang nieh disebabkan oleh tiada idea yang mencurah-curah bercampur dengan kebizian mengejar due date untuk Comparison Test yang sedang berjalan.. doakan Cik Tqah berjaya menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan kesabaran untuk menganalisis data lebih dari 10k itu.. Oh masa..silalah cepat kau berlalu.. kerana aku sudah tidak lalu.. hoho.. dah boleh buat lagu kan.. maaflah.. Cik Tqah ni masa sekolah dulu karangan memang fail.. masa SPM jee la..naseb baik la BM dapat jugak A even A2...  huahua... 

Semalam.. housemate Cik Tqah bersembang-sembang.. semalam kita masih 24 tahun.. lepas ni orang tanye kite jangan kiter tersasul cakap 24 tahun pulak.. eh.. baru Cik Tqah perasan.. beralihnye tahun means.. umur kite pon meningkat.. tapi.. kenape Cik tqah masih rasa diri ini muda remaja seperti 18 tahun. waktu mula-mula masuk UiTM dulu.. kalo tanye mama Cik Tqah pon Cik Tqah rasa mama mesti tak pikir anak-anaknya da meningkat dewasa.. mama semasa umur sebaya Cik Tqah sudah mempunyai 2 orang anak yang comel.. salah seorangnya adalah Cik Tqah (comel ker?).. 

Naseb baek la mama Cik Tqah ni sporting..kalau di kampung.. kebanyakan kawan-kawan Cik Tqah yang sebaya sekurang-kurangnya telah berkahwin dan mempunyai anak.. tapi Cik Tqah.. masih tiada arah tuju.. bukanlah niat dihati ingin berkahwin cepat.. namun selepas memiliki Pinky so..orang kampung ingat Cik Tqah dah stabil dan mula bertanya bile nak sahut seruan Nabi Muhammad.. maaflah.. Cik Tqah masih belum stabil untuk semua itu.. buat masa sekarang.. rasanya tanggungjawab sebagai anak adalah prioriti bagi Cik Tqah.. masih ramai adik Cik Tqah yang perlu dibela.. bukannya mama tak mampu.. but.. sebagai anak Cik Tqah rasa bertanggungjawab menolong mama.. Cik Tqah tak nak mama dan adik-adik Cik Tqah susah macam ape yang telah dilalui dulu..ah..sudahlah.. jangan bersedih okey.. enjoy my life..

2011.. hanya sekadar angka.. bukanlah suatu paksaan untuk sesuatu.. hope sangat untuk membuatkan mama menangis kerana gembira.. baru beberapa bulan lepas berborak ngan mama.. mama menyatakan die tak sangka anak-anaknya telah berjaya dan bekerja di Kuala Lumpur.. satu masa dulu Kuala Lumpur hanyalah angan-angan mama.. sama seperti Cik Tqah sendiri.. seperti satu mimpi yang menjadi realiti.. inilah kehidupan bak kata orang.. angan-angan Mat Jenin.. tapi angan-angan ini telah menjadi satu kenyataan yang pasti..

Saat ini... Cik Tqah rasa bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah.. mungkin inilah hikmah yang telah Allah tunjukkan setelah apa yang Cik Tqah pilih sejak dulu sampai sekarang.. Allah dah tentukan rezeki Cik Tqah disini.. Alhamdulillah.. 11/1/2011 ini genaplah setahun Cik Tqah berada di bumi Kuala Lumpur.. mencari rezeki setelah bergelar Alumni UiTM.. Ya Allah.. Kau berkatilah rezeki dan ilmu yang kau berikan pada serta seluruh ahli keluargaku. Amin..


From left: Kak Long(1st), Shafiq(3rd), Angah @ Me(2nd), Op(4th)
Adik(6th), Mama, Baba, Izzah(5th)

Credit picture to my sister from facebook

5 comments:

  1. selamat thn baru dan meningkat remaja..hee

    ReplyDelete
  2. epy new year dear;) emuaahhhh!! ;)

    wah! bru tao adk bradik mrs lebah;)
    ada 6 orang yeee;) 2 hero dan 4 heroin;)

    ReplyDelete
  3. Alfalora: terima kasih daun keladi :P
    pelangi: hehe.. aah..xpernah cerita kan.. ni exclusive edition punye.. sume muka n kulit lain2 kan.. haha

    ReplyDelete
  4. hehehe;)) sweet tol pakai baju sedondon jeww semua ;)

    ReplyDelete
  5. hehe..tuh raya taun 2009... taun 2010 laen sket temanye..hihi

    ReplyDelete