Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

Meluat tak bila orang tak kenal dok kutuk2 kite kat FB?

Hey hey..

Mood skang ni tengah bengang..

ingin melahirkan rasa tak puas ati.. sila tekan button X diatas kalo anda tak ingin melihat seseorang dalam keadaan bengang..

hari ni Cik Tqah buka fb.. tetibe ade sorg mamat ni tah dari mana asal usulnye add kat fb then ntah bila je Cik Tqah just approve je.. dok komen kat gambar Cik Tqah.. "bosan la tengok muka ko"
dengan penuh bengangnya Cik Tqah balas.. "bosan tak payah tengok la"

apehal plak kan mamat ni tetibe je.. pastu bleh dok reply kerek plak.. "wei.. aku tak kenal ko ok.. kalo ko tak nak tengok muke aku apsal ko stalk page aku? aku kenal ko ke?? plis r.. jangan sampai aku ngamuk"

" bodoh.. kalo tak suke apsal ko nak add aku? apsal nk fren aku? wat the fish la.." muke je nmpk baik.. perangai cam bangang.. actually ni second time ade org dok komen cm haram kat FB.. kenal pon tidak sennag je nk judge orang.. suke ati je add orang.. last-last aku remove ko.. padan muke.. aku tak kenal ko.. so jangan dok kaco hidup aku.. muke aku ni Allah yang kasi.. kalo ko bosan ko pegi la tengok muka kucing ke..kambing ke.. xpon tengok je muka ko.. ko tak bosan ke tengok muke ko? nampak sangatla ko stalk page aku hari-hari kan.. kalo tak xkan ko bosan..

ops.. telebeh emo plak.. sorry.. just nk luahkan kebengangan dihati.. semoga hati ini mampu menahan sabar lagi..

nampak penumbuk besar ni???? ade bran??
p/s: kalo mr lebah bc ni ni akan terus kol tanye..confirm.. IMU my Mr Lebah.. da sebulan xjumpe.. huhu

Tuesday, April 26, 2011

Mane nak dapat kasut murah?

Salam sayang kepada seluruh pelusuk alam semesta..

hari ini sebelum memulakan kerja..walaupun hampir ke pukul 12.. marilah kita mengexercisekan perut kita..
bukan untuk mengempiskan ya kawan-kawan tapi untuk menambahkan lemak yang sedia ada..

bagaimana caranya?? meh nak kongsikan sedikit sahaja tips untuk tujuan itu.. iaitu dengan menketeradah dalam bahasa Melayu aslinya makan ataupon kalau bahasa istana disebut sebagai santap Big Apple Donut.. mesti korang pelik kan mana Cik Tqah dapat Big Apple pagi-pagi subuh sapie ni kan.. Donut ni saki baki semalam punya..
sila terliur dengan donut diatas..
 Tetiba ja mesti korang pelik kan.. pembukaan entry tak sama langsung sama sekali dengan tajuk entry berbaur kemurahan sesuatu barang kan.. ha..

korang nak kasut murah??

series??

sila ke Vincci Mid Valley.. sebab diorang tengah wat clearence sale sebelum tutup store diorang selama sebulan..

Cepat.. Hurry.. Lai.. Go..  sebelum kehabisan stok..

ha.. tengok kasut baru Cik Tqah kat bawah ni.. dua ploh hengget ja tau.. bek korang pegi terjah skang jugakkk

tinggi jugak kasut ni..lenguh kaki..haha

okey la.. nak sambung wat keje.. tengok mejaku tuh.. kalah Bill Gates guna sampai 3 machine.. hahahaha.. nampak cam power kan..kan..


Babai!

Sunday, April 24, 2011

Sehelai Kurung Putih

Semalam saya menemani kawan baek a.k.a rumate a.k.a FIZA ke Maju Junction..

agenda sebenar kami adalah untuk mengutip IC baru kami yang telah siap di JPN.. kenapa wat IC baru? kan Purse kene curik dek pencuri tak bertanggungjawab di entry INI.. ok..lupakan kisah si pencuri itu.,. mari berpindah ke mood lebih baik serta sihat tubuh badan..

Setelah memiliki IC itu..barulah terasa seperti Warganegara Malaysia.. kalau tak Cik Tqah hanya mempunyai Pasport yang dibuat untuk percutian ke obersea yang tak menjadi.. misi seterusnya mencari sesuatu untuk majlis besar Fiza next month.. apakah majlis itu? Dirahsiakan sehingga selesai majlis itu..

Orang yang nak wat majlis.. tetibe Cik Tqah yang ober terlebih.. menghabiskan sebanyak hampir 300 ketika berbelanja semalam.. kenapa banyak sangat? ntah la.. padahal belum gaji.. tapi seriusly memang cantek sangat baju tuh plus murah.. tapi betapa peliknya kan.. Cik Tqah telah membeli baju kurung berwarna putih.. aish.. cam orang nak akad nikah plak.. waiting for Mr Lebah utk dtg meminang.. hahaha..

Selain itu.. dirembat jugak shawl yang mahal.. tak pernah-pernah beli shawl mahal.. aish.. bile ntah nak melaram ngan baju cantek itu.. tak pasal-pasal majlis orang lain orang lain pon cibuk jugak kan.. okies la.. nak pegi shah alam plak rini.. tetibe rasa nak memanjakan diri dengan facial.. muke dah tebal dilimpahi jerawat..

bai.. :)

Friday, April 22, 2011

Inner tu saya punya



Sila klik gambar diatas untuk menjoinkan diri

Syarat-syarat penyertaan:

1: Follow belog Mrs VIP

2. Namakan entry seperti diatas

3: anda wajib mengetag sekurang-kurangnya 2 orang kawan, lagi meriah lagi best kan?? pastu inform orang yg kamu tag tu...kang ternganga je..xtau. haip!

4:  xperlu letakkan sticky entri, atau apa2 pada side bar, ikut suka ok.asal bahagia

5:letakkan sekeping gambar anda 'bertudung' yang paling ayu.


6:tarikh tutup : 07/5/2011  dan hadiah akan dipos sebelum 11/5/2011
  

7:pada yang xbertudung pun boleh join cuma letakkan pic bertudung ya darl.

dah siap? tinggal link anda diruangan komen ^^, gud luck . 

ok.. nak tagged


and 




Saya Mahu Skirt Itu pliss...

Hello Readers..

sape je kan yang bc blog ini..biarlah.. ini lah tempat Cik Tqah meluahkan perasaan yang keras seperti sabun buku FAB.. sekarang ade lagi ke tak jenama tuh yer?

ni nak citer ni.. ok.. cer citer cer citer (gaya usop wilcha).. suke benar orang nak tiru gaya die kan.. da glemer giler even takde la meletops sangat movie tuh kan.. kata Mr Lebah same je gaya die berlakon.. mungkin trademark tuh yang menyebabkan die glemer.. ops.. terlebih sudah.. mau citer pasal mende lain ni..

Lets be sries here.. I really want dis skirt.. plis..


dah lame giler mengidam skirt ni.. dok tengok orang pakai cantek giler.. but Cik Tqah ni bab beli online ni susah giler k.. for the first time beli online produk muka.. but tak berkesan.. boleh tak tetibe serik nak beli online.. tak kire.,.kat mane ada jual by hand.. usya ni kat GM plaza.. bukan tak reti nak pegi GM plaza but.. agak susah sebab tak tau nak parking kt mana..penah pergi 2 kali.. hoho.. nak plis...

Actually kale pink or kaler kuning bawah ni yang better?


tengok kat blogshop online RM 38 paling murah..agak-agak kalo pegi GM plaza dapat rm 20 ke tak? sebab GM ni die jual borong.. tetibe mood nak menghabiskan duet.. series nak ubah penampilan.. tah ape-ape je kan..

one more thins..plis doakan Cik Tqah kurus dan selim melim..hahaha..

ok la.. bai..

p/s: sok nak pegi amek IC baru.. yerla..kan ritu kene curik..

pics  credit to : http://bloomingcotton.blogspot.com

Its Friday Blues


Hello Readers,

Its friday.. I loike.. Hari Jumaat sentiasa dinanti oleh seluruh pelusuk bumi dan yang paling pastinya memang Cik Tqah suke..

Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari.. ini semua murid-murid sekolah ebragama Islam tahu sebab ustazah ajar dalam sukatan pelajaran

Hari Jumaat jugak Rehat paling lama.. padahal tak da pon dalam jadual kerja rehat lama.. semua orang wat rehat sendiri

Hari Jumaat mood terus bertukar kepada kemalasan  yang melimpah ruah seperti sungai yang dilanda hujan tanpa henti..

Hari Jumaat merupakan hari terakhir bekerja dalam minggu itu..means sabtu and ahad boleh berehat.. pergi merapu meraban sesuka suki hati..

Hari Jumaat selalu dijadikan excuse untuk pulang awal dari tempat kerja.. wa..yang ni I really like..

but still menda tak besh kalo hari Jumaat terutamanya bagi penduduk di Kotaraya Metropolitan KL..

Hari Jumaat selalunya berlaku Jem yang amat dasyat sepanjang jalan.. sangat membosankan terutamanya apabila terpaksa mendrive seorang diri untuk pulang ke Istana Batu di tengah-tengah Kotaraya itu..

Thursday, April 21, 2011

Perlu ke tunjuk kasih sayang dengan Wang Ringgit?

Salam readers,

Mahu beremo wat seketika di opis.. nak kutuk salah.. tak kutuk pon salah.. tapi bukan bengan or jeles... just rasa bangan dengan seseorang..

Actually i got 1 opismate ni.. suke betul berpoyo-poyo ngan wang ringgit.. die boleh beli yang nu yang ni kat gf die.. i dun mind la.. but no need to tell others..

yang syoknye.. die nieh.. kalo beli ape2 kat awek-awek die bleh plak pegi cite kat orang.. plis r.. menjengkelkan ok.. tetibe mood bengang kan.. ala.. dulu ko ngan awek A.. sayang benar.. sume ko beli.. tulis ayat-ayat jiwang kt fb..

then suddenly ngan Awek B.. ayat jiwang still kat fb.. pastu cite cite kat orang ko serius..siyes nyampah..


k la.. bai

Monday, April 18, 2011

Aku Benci Blog nie!

Tetiba rasa nak join sis Maera punya bloglist.. even tgh frust menonggeng sebab tak jadi top ten untuk kontest die.. xder rezeki la katakan.. 


Actually menci sangat kat sis maera ni sebab die kurus can selim melim.. dah kawen pon kurus lagi.. jeles i taw..tuh je la nak merapu meraban.. hehe.. suke suki je kan.. ka la.. bai

U Village tak besh sangat.. tak kenal maka tak cinta

Salam Readers,

Ada story nak cita ari ni.. tadi pindah opis baru.. suma orang pakat tanya.. tuka keja ka? pindah pegi mana plak.. maapkan saya sebab tak clarify menda ni betul2.. actually still keje sama.. just bertukar tempat ja.. dari wisma 2 ke U-Village.. so..still dalam cyberjaya cuma different building ja..

boley tak nak rate tak besh building baru ni.. sangat tak friendly atas sebab musabab seperti dibawah:

  1. Parking tersangatlah jauh sebab kontraktor Shell tak dapat kemudahan parking.. so terpaksa berjalan 10 minit untuk ke pejabat.. actually tak kisah sangat pasal jalan sebab time ni la nak kuarkan peluh.. but keadaan jalan untuk pejalan kaki sangatlah sadis.. hari pertama ujan turun renyai2 menyebabkan becak so boleh mengotorkan pakaian yang cun sebelum ke tempat kerja.
  2. Bangunan yang sangat besar meningkatkan kemungkinan untuk sesat yang lebih tinggi.. hampir tersesat ketika mencari surau dan mencari jalan pulang ke meja,.. 
  3. Rest room yang diagung-agungkan selama ini hanya tinggal sofa yang empuk tanpa katil yang berhias cadar kosong seperti cadar asrama tetapi tetap menarik hati Cik Tqah untuk melelapkan mata yang hanya terbuka kurang dari 1 cm setaip kali selepas lunch.
  4. Kurang selesa dengan persekitaran tempat baru. tempat baru sekarang merupakan laluan utama manager, bos-bos besar serta orang kecik seperti Cik Tqah. so kuranglah aktiviti untuk bersosial di laman-laman belog serta facebook.. kesian kan.. tak boleh nak komen belog korang..
  5. Jika mahu minum pastikan bekas tuh mempunyai lid.. means dat korang kena pakai bekas bertutup. 1 more things tak boleh makan kat work station.. bagi Cik Tqah its ok sbb jarang sangat nak menguyah time wat keje.. but bagi orang lain.. sangat tak besh..
  6. Ekon agak sejuk. sepatutnya terdengar cerita dari kawan yang berpindah lebih awal ke bangunan ini.. ekon sangat sejuk seperti berada dikutub utara.. so dengan rasa bangganya Cik Tqah pon bawaklah jaket Elle yang dibeli di bundle dengan harga seringgit.. confirm korang tak percaya kan.. tapi ini memang kenyataan.jangan jelesh k
baru dok kat bangunan ni sehari so tak boleh nak judge abes abesan lagi sebab building ni pon building baru and still under renovation.. hope dapat sesuwaikan diri kat cni.. no more fb or blog after dis.. becoz banyak keje menanti disana.. help me.. 

before dgr briefing HSSE


Sesat ketika mencari Surau

Tuka Email untuk blogspot pakai gmail terus ilang semua follower..

Salam readers,

since diwarwarkan di seluruh alam semesti semesta tentang pihak google akan mendelete akaun selain dari akaun google untuk blogspot so dengan segala hormatnya Cik Tqah terpaksa menukarkan alamat email admin untuk blog ini.. disebabkan penukaran alamat email iotu..semua follower yang telah difollow sama ada sengaja ataupun tak di kala waktu dahulu terus nyah dari pandangan dashboard..

betapa sadisnya melihat blog yang difollow lenyap ditelan email yang ditukar.. harap korang mengertila perasaan Cik Tqah seperti kucing kematian anak.. jika korang mahu belog besh korang difollow oleh Cik Tqah lantas Cik Tqah boleh menyumbangkan barang sesuap dua traffic.. silalah tingglkan link di entry ini.. jika blog anda terpilih maka anda adalah insan terhebat (ayat nak poyo ja kan)..

okla.. bai..


Sunday, April 17, 2011

Picture of the day

Hello readers,

Kebosan di hari ahad setelah kehabisan duet di hari Sabtu.. so keje untuk hari Ahad ialah memanjakan diri diatas tilam kurang empuk bermandikan kesejukan kipas yang penuh berhabuk.. sambil dikongsikan secebis gambarajah seorang blogger yang sesuam air suam.. dipersilakan..


Capture yang ingin dikongsikan untuk gambarajah ini adalah.. seorang budak yang sangat meminati buih sabuh and payung warna warni bak pelangi di awan selepas ujan sebelum timbulnya matahari.. mata beliau menjadi merah disebabkan oleh kawan-kawannya yang kejam meniup buih tanpa tunjuk ajar yang betul.. keputusannya gambar beliau kurang kelihatan buih sabun yang ditiup..

Dah puas tengok? kalo xsuke sila like entry ini.. Bai..

Tuesday, April 12, 2011

Kisah Sedih Hujung Minggu

Salam readers,

Disini Cik Tqah nak kongsikan pengalaman hidup yang sangat sedih sekali pada hujung minggu yang lalu.. walaupun penuh kesedihan Cik Tqah tetap gembira.. dengan kata menyembunyikan perasaan sedih tu jauh-jauh..

hari Ahad yang lepas.. dengan penuh semangatnya bangun pagi untuk pergi jogging lalu menyegarkan badan dengan menghirup udara pagi yang segar. sampai ja di Taman Tasik Jaya bersebelahan Amcorp Mall semangat mula menjalar untuk jogging. disebabkan ada aerobik di taman tersebut. Cik Tqah and fren berpatah balik untuk mengambil sedikit wang yang akan dihulurkan kepada trainer Aerobik tersebut. after amek wang terus berjogging 1 pusingan dan aerobik.Dalam pukul 8.20 balik semula ke kereta (masa ni naik kereta membe) then tengok dashboard terbuka.. purse hilang..


tu la kisah sedihnya.. first time hilang purse.. terkilan sebab duet 300++ dalam purse tuh sepatutnya nak bayar harga spoiler untuk pinky.. mungkin tak de rezeki Cik Tqah guna duit tuh.. sedih tak? petangnya tuh nak kene bayar balance duit spoiler untuk pinky..

Semalam (Isnin) terpaksa emergency leave untuk wat IC baru.. Lesen Baru.. Unblock kad bank.. semua urusan.. memakan masa lebih kurang sehari suntuk.. penat tak terkata balik terus lena..
Pinky berwajah baru

Friday, April 8, 2011

Akak Kain Tersepit!

Salam Jumaat Readers,

Disini ingin dikongsikan satu cerita lawak yang berlaku pagi ini..

but..kalo korang anggap tak lawak pon Cik Tqah tak kisah..

Dengan keheningan pagi yang mendung.. Cik Tqah menuju ke kereta sambil berskirt kembang.. Hari  first skirt ni dipakai.. Beli dekat Edast Butik.. tapi tak beli online la.. beli by hand dekat kedai die di Serdang..
tengah drive elok menuju keluar dari apartment.. then kena buka tingkap sebab nak touch access card..

tetiba.. "akak..kain tersepit"..

dalam hati.."aik.. mana pak guard ni tau aku pakai skirt rini?"

dalam pada tuh mengkoverkan diri.. "ha?"

guard tuh cakap lagi.. "tu.. kain tersepit kat pintu.."

"owh.. ok2".. tetiba ja jadi kalut kan..

lepas ja pagar elektrik yang selalu menghentak kepala orang yang tak sedar kejatuhan dia masa melalui bawah pagar tuh.. buka pintu keta then nak naik atas main road.. kain yang tersangkut tuh seperti gambaq dibawah..
Tetibe rasa nak melukih.. burok gilo..tak macam lukisan yuyu..santekk

ada la lori tak paham bahasa tuh.. tak nak bagi jalan...haish.. orang kat Kota Raya Batu KL (bak kata kakak Cik Tqah) ni memang kejam.. langsung tak dak kesedaran mental dan fizikal.. tak nak bagi jalan.. dengan selumbernye angkat tangan kat keta belakang lori tuh.. then kua dari simpang.. kalo tak wat cmtu..alamatnya sampai esok pon tak sampai opis...

mentang-mentang la keta Cik Tqah plate KCT.. awat.. hampa ingat orang kedah tak tau jalan kat KL ke? selalu nak buli kereta plate lua.. tambah-tambah plak kale pink.. adoi.. semangat kecintaan untuk Negeri Kedah sangatlan tinggi dan rela dibuli oleh pembuli jalan raya yang tak sedar diri..

p/s: tak lama lagi plate KDA.. kawan Cik Tqah nama AKIDAH nak beli plate number tuh

ondaway ke opis pula memalui lebuhraya MEX.. kalo korang tak tahu.. sila Google sedalam-dalamnya..
tetibe ja nampak lampu lip lap llip lap kat depan.. hm.. mesti eksiden lagi ni.. before ni eksiden polis jarang plak nak mai..

sampai ja di tempat kejadian.. ha.. keta terbakaq.. sian.. ramai plak yang berhenti nak tengok.. hei.. hampa tak takut kena saman ka??

btw.. keta yang terbakaq tuh nampak cam Persona or Gen2.. hope orang dalam keta tuh selamat la..

okla..

Chau cin cau...

Wednesday, April 6, 2011

Loike photography I

Salam 1 dunia.. wah...dah upgrade.. selalunya orang cakap 1 Malaysia je.. suke suki je nak upgrade kan..

Satu yang nak dikongsikan disini.. zaman millenium menjejaki tahun 2020.. ramai betoi orang gila ngan gadget.. terutamanya Kamera DSLR.. bapak punya la besaq kamera tuh kan.. hangkut pi sana mai sini.. Cik Tqah dalam memburu era kemodenan pon teringin jugak.. bukannya tak mampu tapi takmo membazir.. yerlah kan..cuba pikiaq kalo pakai kamera besaq gedabak tuh.. kita ja dok tangkap gambaq orang.. sapa yang nak tangkap gambaq kita.. lagi satu.. kalo pakai ja kamera tuh.. mesti kena tau.. cmna nak setting ISO la.. Aperature la.. apa kejadah lagi pon tak tau..

ops.. hampa terkezut ka cek cakap Kedah? memang ni la loghat yang dok guna kat umah selama ni.. kalo nak cakap KL ngan Mr Lebah ja.. tapi cek ckp KL fluent taw.. English lagi fluent.. sampai terbelit-belit lidah cek..

ok..berbalik soal kamera tuh.. actually last year memang teringin gila nak pakai kamera yang canggih cam DSLR.. kumpul punya kumpul duit yang orang hutang (cam ceti plak kan)..last-last dapat jugak sebijik.. tapi bukan DSLR la.. but compact je.. tapi ada gak untuk manual setting.. 

Gambar dibawah antara hasil yang boleh dibanggakan diri sendiri dengan kembang lubang idung yang memang sudah cukup besaq ni.. Using CANON SX 130 to capture below pics.. actually banyak je pics yang dah capture cantek2.. xsempat nak edit lagi cantek..hehe.. ada bakat tak??








Monday, April 4, 2011

Hepi Besday Mak Enon!

Entry Khas untuk Fiza Zainol..

Wanna wish u Hepi Besday yang ke 25 tahun.. Semoga ur life sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.. Semoga panjang umur.. semoga cepat kawen koz ramai yang beratur nak jadik pengapit.. hope aku bleh jadi flower gurl hang masa hang kawen nanti.. hehe..

04041986 till 04042011..

Penulis bersama dengan birthday gurl suatu ketika dahulu..

okeyla.. tuh saja.. bye!

Pasemboq terbaek dari Padang Kota, Penang

Salam readers..

kejap je cuti weekend plus 1 day annual leave yang diambil untuk pergi Percutian Obersea yang tak jadi pergi.. disebabkan oleh itu.. maka Cik Tqah tetap merealisasikan impian diri sendiri untuk ke obersea..

Walaupun hanya pergi ke seberang laut didalam malaysia.. percutian yang tak dirancang dilalui selama 2 jam sahaja.. Pulau Pinang hanya sekadar persinggahan ketika ondaway pulang ke kampung halaman..

Inilah kali pertama Cik Tqah menjejakkan kaki Pinky ke dalam Feri Pulau Pinang... dengan penuh excitednya melihat Pinky berlayar di atas Selat Melaka.. hebat kan Pinkyku..

Misi ke Pulau Pinang:
1) Merealisasikan impian yang tak kesampaian ke Obersea
2) Memenuhi keinginan perut yang membuak-buak setelah didedahkan keenakan Pasemboq Penang
3) Menambahkan meter mielage Pinky sebelum diservis
4) Membeli belah jeruk Penang dengan harga termurah

Pendapatan Dari Misi:
1) Sesat ketika ke Padang Kota
2) Mengabiskan hampir RM40 hanya untuk sepinggan Pasemboq Penang (sungguh mahal)
3) Meter mielage Pinky bertambah dan telah diservis sebentar tadi
4) Bro jual jeruk tuh sangat kerek plus harga jeruk agak mahal disana sebab tak tahu jalan untuk membeli jeruk yang termurah
5) Jangan guna GPS ketika di Penang sebab langsung tak tunjuk arah dengan cara terhebat.. Garmin sangat berguna jika di Kuala Lumpur (tapi tak boleh berjimat kerana ia menunjukkan arah berhighway)

Untuk memenuhi kriteria entry ini dengan penuh bukti bahawa telak berpijak ke bumi Pulau Pinang perlu disertakan sekali dengan gambar-gambar tak seberapa dari Canon SX130 IS ku

bfast di restoran Jejantas Sg Buloh.. 

atoi..demoknyee

pemandangan Pulau Pinang

masa snap pist ni sume org usya.. muke tak malu tol~~

Jerawat bertempek2..ciannn kannn

Gani Famous Pasembur... mmg sedap

Jus Epal hanya rm 2.50.. superbb!

sedap weh.. nmpak banyak.. siap tambah lagi.. sbb tak cukup

membeli belah jeruk yang mahal dengan bro kerek