Followers

Klik sikit please

2 become 1

Daisypath Anniversary tickers

Kekasih Hati :)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

Semoga mama dan baba selamat disana

Salam readers..

isnin kembali.. kene kerja.. dan sekarang tengah bekerja sambil meraban.. apa tu meraban? dia adek beradik dengan merapu la.. so jadi merapu meraban.. aish.. ape Cik Tqah mengarut ni..

btw nak korang semua doakan mama dan baba Cik Tqah sebagai tetamu Allah di Mekah.. semoga diorang dapat mengerjakan Ibadah Umrah dengan lancar dan tenang.. serta dapat menyampaikan semua kiriman doa dari sedara-sedara Cik Tqah.. serta Cik Tqah sendiri.. (mama cakap nak berdoa untuk jodoh anak-anaknya.. hehe)

Gambar sebelum mama dan baba berangkat ke Tanah Suci

Perasan tak dalam gambar tu Cik Tqah nampak gemuk? actually baju tu yang bersalah k.. tu baju mama.. sebab Cik Tqah malas nk bawak balik baju.. mana gemuk pon..baju tu yang besar.. kan kan??

sebelah mama tu adik yang eksiden kat entry INI. Alhamdulillah.. dia tak apa-apa.. just terseliuh di tangan je sket.. then luka pon sikit je kan muka..

menurut cerita beliau.. beliau langsung tak ingat apa-apa.. sedar-sedar dah dalam kereta.. sebab dia pengsan masa kejadian.. after di scan pon doktor cakap takda kecederaan dalaman..

mungkin hikmah dari Allah sebab masa dia kua tu dia tak inform mama dan baba.. then for first time dia kua n balik lewat malam (sebab dia ni budak skema.. tak mungkin merempit).. mungkin juga dislamatkan oleh Malaikat Allah sebab mama dan baba da plan nak jadi tetamu Allah untuk 2 minggu..

Alhamdulillah.. Syukur..syukur sangat-sangat..

Semoga mama dan baba selamat pulang..dijangka pulang pada 11 June 2011 Jam 10 malam di Penang International Airport..

p/s: masih keletihan memandu pulang ke KL semalam.. hari ni bekerja.. tido pon kurang sebab bangun kul 2 pagi semalam dan hanya berehat sekejap.. malam ni nak berehat sebelum kena bekerja esok hari dan lusa hari sampai lewat malam..

Friday, May 27, 2011

Kejutan Di Tengah Malam!

Salam readers,

Disini Cik Tqah ingin menyatakan bahawa Cik Tqah telah menerima kejutan Elektrik secara pukal semasa tidur dalam keletihan malam tadi..

Kejutan apa?

Panggilan telefon dari adik lelaki Cik Tqah yang number 3 menyatakan adik lelaki Cik Tqah yang number 4 tuh excident.. terus terjaga tak boleh nak tido..

Menurut cerita dari kawannya di facebook kereta tu nak masuk simpang and tak nampak moto yang ditunggang oleh adik Cik Tqah..

Remuk moto tuh.. malam tadi dia ditahan di wad kecemasan.. dan dah dibenarkan pulang pagi tadi..

Hope dia tak de apa-apa coz taun ni dia nak amek SPM.. plus mamat nieh memang degil. Ketegaq...
aish.. die boleh tak bagitahu nak kua g mana kan.. ni second time dia membawa masalah lepas kena tahan ngan polis ritu sebab bawak moto takde lesen.. cmna la kita nak membentuk budak-budak baru belajar ni yer.. dulu Cik Tqah takde la degil sangat walaupun nakal.. maybe sebab mama tak bagi kebebasan cam mama bagi kat die kot.. 1 more thing hidup die lebih senang dari Cik Tqah dulu.. skang ni kakak dan abang dia dah kije.. kalau tak berduit die mintak je ngan kitaorang.. hm.. diharapkan mama mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga kelak di Tanah Suci Mekah.. Doakan mama Cik Tqah selamat pergi dan balik..

Hampir menukar rancangan untuk pulang ke kampung halaman petang ni jugak.. disebabkan dia dah kua hospital makan rancangan dijalankan seperti biasa.. doakan perjalanan Cik Tqah ke Kedah selamat sok pg k..

Thursday, May 26, 2011

Jadual yang padat untuk weekend-weekend seterusnya..

Hello readers..

Sungguh penat sampai ke tulang belulang Cik Tqah ni.. sebab penat pergi ke pulau belum habes.. semalam first day keje lepas ercuti kena pulak attend meeting untuk performance masa company trip nanti.. lepas balik meeting anta barang kat umah then bergegas bersama sepasukan rumate dengan misi mencari hadiah perkahwinan untuk housemate sejak setaun lepas..

biasa la kawan-kawan.. makin menginjak umur.. semakin ramai teman seusia mahupun yang lebih muda dari Cik Tqah melangkah ke alam rumatangga.. tinggallah daku sorang ja yang masih bujang berstatus in a relationship.


disini.. Cik Tqah nak me war-war kan status not available setiap weekend seperti dibawah : (jika nak wat temu janji pastikan booked lepas waktu dinyatakan)

28-29 Mei 2011 : Misi kenduri osmet di Sg Petani, Kedah + proses penghantaran Mama n Baba tersayang ke Mekah (mintak mama suh tolong doa Mr Lebah dapat kije baru + bleh kawen cepat)

3-5 June 2011: Misi Pulang bersama Air Asia dari KUL ke AOR pada jam 7AM ( kene susahkan orang bangun awal anta ke KL Sentral). Isi kandungan Misi : Majlis Pertunangan ... + Majlis Perkahwinan Ex-schoolmate from sekolah rendah till sekolah menengah (yang kawan 10 taun kat entry INI)

10-12 June 2011 : Misi pembalikan Mama dan Baba tercinta dari Tanah Suci Mekah..

17-19 June 2011: Misi menyelesaikan trip company terbesar aka family day di Lumut.

25 June 2011: Paintball Mission dengan teammate di Selayang Mall

ha..kan da kata.. setiap minggu busy.. tak taula bleh cope ke tak.. risau mata jadik cam menatang bawah ni je



die xpela comey..kalo Cik Tqah? comot kot..

btw.. baru pasan muke nmpak sangat penat..tu pon setelah ditegur orang.. malam ni perlu cukup rehat..


muke atas ni nampak cam muke penat tak? hepi je kat laut.. nak dok je kat pulau leh.. tak payah pk pasal kije..gaji masyuk bulan2.. sape bagi kije cmni??

Wednesday, May 25, 2011

Lenyap sudah mood bercuti..

Hello readers..

Just went back from holiday.. mood bercuti terpaksa dilenyapkan demi kerjaya yang tercinta..

bila di sana.. tak terasa seperti bekerja.. enjoy yang luar biasa.. sebab melihat canteknya ciptaan Allah SWT.. Kalaulah masa boleh diberhentikan.. tak nak pulang ke opis yang penuh keserabutan ini..

1 jer yang kurang..line tepon takde.. memang merajuk kuasa lapan blas mr Lebah.. hanya ucapan SMS "enjoy ur self" yang selalu diterima...

Korang mesti terteka-teka mana Cik Tqah g eh.. ke korang tak kisah pon eh.. Cik Tqah g Pulau Perhentian. Pulau impian yang ingin dilawati sejak darjah 4..akhirnya impian tu jadi kenyataan.. Alhamdulillah,..

kenapa impikan ke Pulau Perhentian? sebab dulu masa darjah 4..Cikgu yang ajar Kajian Tempatan tu cakap..Pulau Perhentian ni cantik sangat..lagi cantik dari Redang.. so.. sejak tu la simpan angan-angan nak ke sana.. umo 25 tahun baru dapat.. nak share sedikit gambar kt sana la.. tengok bawah n jangan jelesh k :P

masa tiba di jeti besut..sume xmandi

bersedia untuk berlepas

dalam boat wit my sister
dah sampai.. yeay

pantai ni cantek sgtt2 plus byk mat saleh seksi meksi

ni pantai depan resort kitaorg

underwater..

snorkeling

actually banyak lagi pics.. tak sempat nak edit plus kat opis.. hehe.. okeyla.. kalo nak tengok add la kat fb..hehe

Friday, May 20, 2011

Nantikan penuh sabar

Guess what.. malam ni nak bergerak ke suatu tempat.. yesza..

sediakanlah diri untuk menjadi lebih hitam dari sekarang..

Tak sabar menunggu pukul 5.. untuk cabut dan bersiap-siap untuk malam ni.. 


update terpendek..bye!

Thursday, May 19, 2011

Fenomena Nur Kasih The Movie


Salam seantero dunia buat pembaca-pembaca yang tegar mahupun tak kat belog Cik Tqah ini..

Sebut je pasal Nur Kasih mesti si perempuan-perempuan menjerit-jerit.. si lelaki pula mungkin hanya tersenyum sinis.. tetapi di dalam hati tu sapa yang tau kan..

Apsal plak si perempuan nak menjerit? yer la kan.. drama Nur Kasih ni meletop-letop ketika ditayangkan di TV dulu.. every week memang dok tunggu depan TV ja nak tengok Nur Kasih.. kalau tak sempat tengok? ha.. masuk kat TV3.com.my terus donlod.. tu dulu la.. sknag ni TV da tak bleh donlod and semua drama kena tengok kat Tonton.com.my..

Sapa ada simpan series Nur Kasih?? Rasanya Cik Tqah masih ada di dalam hardisk laptop di rumah..

oh ya.. boleh tak Cik Tqah nak dengki ngan sesapa yang da tengok Nur Kasih The Movie tu? macam tak sempat je nak tengok malam ni.. coz beg belum kemas nak ke suatu tempat di hari esok..

hohoho.. hati girang sebab esok dah jumaat.. yeayy

Wednesday, May 18, 2011

Masih di mood bercuti..


Hello readers,

Hows ur day? everything okey tak? hope semua baik-baik saja.. (mood lagu: baik-baik sayang)

Wednseday yang bosan.. boleh dikatakan hari2 mood bercuti je kan.. mane tak nya.. kije sehari then cuti sehari.. kalo har-hari camni alamatnya tak jadik kije la kan..

For your information, Malaysia paling banyak publis holiday tau.. yerlakan.. nama pon nagara berbilang bangsa.. tapi.. sapa yang xsuka cuti kan? mungkin orang furst yang giler bekerja atau orang yang terlampau banyak kerja langsung tak memikirkan cuti kan..

Bagi Cik Tqah? cuti sangatkah heaven.. suka gila k.. sangat bosan datang kije.. bukan tak de kije.. sebab kije berlambak gak boleh jadik bosan.. so.. busy-busykanlah diri yer kawan-kawan..

Hari ni memang mood bercuti.. malam ni nak start packing barang nak pergi bercuti.. yeay.. korang semua plis jangan jeles k.. nanti Cik Tqah upload gambar-gambar menarik sampai korang naik jelik tengok gambar tuh..

By the way.. starting for dis week till 4 June.. weekend Cik Tqah bukanlah di KL.. sebab banyak undangan perkahwinan untuk dihadiri.. guess wut.. my besh gurlfren pon nak tunang.. wah..wah.. abes semua kwan-kawan nak kawen.. nanti tak da geng besh dah(cam ramai je geng kan)..

Didoakan korang sentiasa bahagia keanak cucu cicit sampai keakhir hayat..

Selamat Pengantin Baru in advance to Myra Morad n pasangannya Mi.. Myra Morad tuh osmet skang kat KL..tak lupa wat Saiful Rizal dan Amirah.. ni exschoolmate from sekolah rendah.. diorang kaple dah 10 taun.. sungguh panjang jodoh korang yer.. insyaAllah kalo takda aral sampai la Cik Tqah bersama rombongannya..

nota bawah: fenomena umur 25 tahun.. semua orang kahwin.. serta beranak pinak.. anda bila lagi?? tepu dada tanyalah hati.. ada jodoh tak kemana.. ye tak??

Thursday, May 12, 2011

First Time tolong orang..

Masa tgh tgk dashboard tak sat ternampak la update baru Pinky Momma nieh.. * Pinky Momma bertukar menjadi Princess Ribena..adoiii pening la!

so dengan berlagak seperti hero yang tak bape tau cakap kt Pinky Momma swuh tuka setting.. last2 pas publish rupe2nye nama sendiri pon tertuka.. padahal before ni pakai nama lain jugak.. tengok nie before tuka nama


ha..nama skema jadik Nur Atiqah.. okey.. meh nak tunjuk cara nak tukar..

Click kat nama korang


then page ni kua


ha.. lepas tu click edit profile.. then tukarla display name tuh


Tengok jap Pinky Momma puji Cik Tqah..


 P/s: Bangga kejap!!

Sahabat untuk selama-lamanya

Hello readers,
Mood tengah update belog sambil trainer dok mnegajar kat depan.. kejam tak Cik Tqah.. memamng dasar pemalas.. actually training ni agak bosan..ingakan banyak belajar teknikal.. tp more to teori.. i dun loike theory ok.. i'm the technical person..
Masuk-masuk opis rini je tetibe tengok notifiaction kat fb,, ex rummate Cik  Tqah tagged gambar.. OMG.. gambar masa kat Arau.. muke innocent gilers..

Nak tujukan lagu sahabat selama-lamanya kat Husni Fithri Irman aka Tetty.. Luv u always..
The lirik as below :
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Wednesday, May 11, 2011

Home Made Spagheti Goreng Special by Cik Tqah

Selamat Petang Readers,

Mood training sudah habis.. sangat heaven time training nie..

nak tahu kenapa?? 

Sebab leh balik awal.. kul 5 da terpacak kat umah,.. memang superb key..

Tadi pas abesh training rush2 pegi Mid Valley..tujuan asal nak beli sosej je.. kan da cakap Mid Valley tuh cam pasar je bagi Cik Tqah.. So.. after balik tuh malas nak tunggu bas just amek teksi je balik umah.. 

Sampai je umah terus solat then rebus spagheti tuh..Actually Spagheti ni men campak-campak je.. letak black pepper banyak-banyak sebab nak bakar lemak.. ops.. bukan.. Cik Tqah memang suke pedas.. so tadi tumisannye just tumbuk 1/2 bawang besar ngan black pepper (betui ke eja pepper tuh?hentam jer la)..  lepas tuh men campak je sayur yang dishopping kat Cameron hari tuh.. still penuh lagi dalam peti sayur tu.. so minggu ni minggu sayur sedunia.. 

nak tengok gambar sesudah masak? lihat dibawah.. nampak sedap tak? agak-agak la kan.. boleh tawen tak? (mood:gatai nak kawen)


Kat umah panas.. kat opis sejuk gilerr!!

Morning...

mood pagi ni training..

Actually dis week for the whole week Cik Tqah tak pergi Cyberjaya.. so i will miss Cyberjaya till dis monday..

kalau tak pegi Cyberjaya abesh tu kije ktner plak??

Ini tempat kije baru memang besh.. ari-ari boleh pegi Mid Valley.. kat main opis la iaitu The Garden...Tetibe teringat kenangan dulu masa study kat Shah Alam.. jarang dapat datang KL.. siap majuk-majuk ngan Mr Lebah tak nak bawak datang Mid Valley.. sebab Mr Lebah tak suka crowded.. tapi berbeza ngan skang.. bleh kata Mid Valley ni pasar la.. sebab selalu shopping barang dapo kat sini..

Mesti korang konpius kan.. kata kije kat Shell.. memang la.. Shell tu client.. Cik Tqah bekerja untuk client.. so kene la pegi tenpat client.. actually tak tahula dapat extend kat Shell ke tak lepas ni.. sebabnye suppose kuar dari projek Shell 30th June 2011.. plis doakan Cik Tqah stay kt situ boleh tak.. (claim lebat).. heheh.. tetibe jadik mata Duitan $$$..

ha.. cite pasal panas.. korang pasan tak cuaca kat Mesia ni panas cam kat Gurun ops.. bukan Gurun kat kedah tau.. gurun kat padang pasir.. kalau tido malam-malam je pagi bangun basah tilam.. jangan salah paham key.. bukan sebab kencing malam.. rupe-rupenye pas investigate peluh yang mengalir kuar dari badan korang tuh la.. so kalo tak nak busuk kalo bangun pagi..sile pakai deodorant dengan losyen.. so that kalo bangun pagi tilam korang tak bushuk peluh.. hehehe..

Tapi lain pulak cireta kalo kat opis nieh.. pasang ekon bapa darjah celcius tah.. sejuk gilo.. mau sejuk beku dalam ni.. nasib baik la lemak yang berkumpul tepu dalam badan ni agak tebal.. kalau tak rasanya mau berhibernate dalam selimut..

Tu la manusia.. tak pernah nak bersyukur.. kalau panas bising.. sejuk pon bising.. haish.. susah betul..

Petua dalam keadaan sejuk atau panas korang kene minum air dengan banyak.. sebab air cepat tersejat kalo extreme sejuk atau panas.. okies??

Cik Tqah tengah mengajar diri sendiri supaya minum banyak air.. sebabnya?? nak cepat kurus.. bleh pulak kan.. hoho.. key la.. ni tengah rest,. kang Miss India tuh datang plak.. padahal bukan training sangat pon.. memain je banyak..

Nak share gambar bawah ni.. Mr Lebah tangkap masa date ritu.. comel tak? agak-agak kalo masuk Casting Model lepas tak?

To Mr Lebah : I'll pray for u everyday.. hope u'll get wutever u want to..

Tuesday, May 10, 2011

If you lose sumething u might get sumething good later..

Hye readers,

Hari ni i got bad news.. ape bad new tu? i dun think i can share it here.. just wanna told u guys..

Kalau korang kehilangan sesuatu mungkin korang akan digantikan sesuatu yang lebih baik..

so.. plis jangan down kalo korang hilang ape-ape..

eg : purse..family members.. boifren.. bes fren.. or anythings yang korang sayang sangat..

it not becos of ur fault.. maybe dat things not belong to you..

or it is because u may misuse dat things..

think about it.. ok?

chill ya.. (bcos my luv one lost sumethings and i need to make sure he is happy)

p/s : i luv u..

Monday, May 9, 2011

Cameron yang tak sejuk langsung but panas!

Hello readers,

so long tak update belog..UV pon menurun je.. malas nak BW.. jangan haraplah nak dapat cashout duet nuffnang kan..

btw.. last weekend Cik Tqah pergi berambu-ramba dengan Mr Lebah tersayang.. al-maklumlah.. sudah sekian lama nggak bertemu sua... sebulan lebih jugak la.. disebabkan oleh kebizian Mr Lebah dengan komitmen kerjanya.. Alhamdulillah.. last weekend segala kebiziannya terbayar dengan trip singkat ke Cameron Highland.. cam pengantin baru si Ujang ngan Yana je kan..diorang pon pergi Cameron gak honeymoon.. tapi Cik Tqah pergi balik hari je..coz menjimatkan belanja.. lagipun kat Cameron bukan banyak tempat yang menarik pon.. cukupla tawaf sehari kt sana.. pergi sampai dekat-dekat pukul 12 pukul 4 lebih dah gerak turun kebawah.. ikut jalan Tapah je.. even jalan mencabar penuh liku-liku alhamdulillah perjalanan selamat pergi dan balik plus Cik Tqah tak muntah.. before ni masa pergi Fraser dulu masa turun bukit yang liku-liku tuh sampai je kat bawah terus muntah.. terbaek kan.. nak share sikit je la gambar kat sane..sila jangan muntah k..

muke teruja selepas mengidam stroberi selama sebulan 15 menet

two of us..pray for our hepiness

air terjun ni kat The Gardens pon de..nak gak tangkap kat cni kann

Us at Cactus Valley 

Pokok beruban kat Mardi Cameron Highland (sile perasan kasut yang sudah bertukar)

suke benar dapat pakai skirt baru 

Misi melawat ladang Teh

Model separa mahir

Sunday, May 8, 2011

Terkejar masa!

Hello..

Tetibe rasa nak update tapi terkejar masa.. nantikan update panjang esok yer sebab nak kuar ngan Mr Lebah.. hehe.. tgk gmbr ni dan cube teka Cik Tqah g mane semalam.. okie? byee..



p/s: Sempat edit 2 je gambar..hehe

Thursday, May 5, 2011

Vincci Sales Midvalley Still available! Hurry..

Sedar tak sedar jam sudah menginjak kul 12 (padahal baru kul 11).. so.. 7 hours more to go.. go mana? ha.. lupe nak cakap kt entry before ni.. Cik Tqah puasa rini.. tetibe rajin plak.. bangun kul 5 pagi tadi mam Nestle Fitness campo susu dicicah beberapa keping biskut Famos Amos yang dibeli malam tadi..

oh ya.. malam tadi melawat Mid Valley lagi.. boleh dikatakan selang 2 3 hari mesti hati melonjak-lonjak melawat Mid Valley.. oh.. katakan 'YA' kepada shopping.. Maaf yer encik gaji.. saya memang suke berpoya-poya menggunakan kamu..

Sasaran kali ini ke Mc'D sebab perut mula berkocak-kocak inginkan makanan yang padat untuk menambahkan lemak yang sedia ada.. actually sasaran ke Mc'D sebab ingin merebut gelas percuma.. gelas cantek yang berwarna Charcoal.. tapi apakan daya.. harapan yang meninggi musah juga akhirnya sebab gelas tu sold out.. kalo tak salah si penjaga cashier hari ini (5.5.2011) kuar gelas baru berwarna Pink.. oh tidak.. haruskah Cik Tqah menjengah kembali Mid Valley malam ini untuk gelas tersebut??

Sesudah selesai melahap Mc'D dengan jayanya tetiba didatangi sorang guy ni.. ingatkan mahu membuat survey..rupanya die menjual perfume.. pertama kali memandang mamat sekor ni macam nak kenal.. then lepas die stat mempromote perfume itu.. sah memang orang yang sama jual kat Cik Tqah di entry INI

so.. kawan cik tqah yang br celebrate besday di bulan April yang lalu di Entry INI telah membeli perfume tuh dengan harga RM40 setelah menyamar sebagai student UiTM.. actually harga asal perfume tu RM49.90..

Selepas itu misi menghabehkan boras.. eh.. duet.. memang habis tapi berbaloi-baloi jika anda masuk ke Vincci di Mid Valley sebab diorang tengah wat Clearence Sales.. rupa-rupanya sales masih berjalan.. Haritu dah pergi dan rembat sepasang kasut di entry INI.

Item yang dibeli kali ini:
2 Pasang Kasut
2 Utas Jam

Total yang perlu dibayar = RM45

so korang rasa berbaloi tak sebab jam tuh harganya RM10 setiap satu..

Iten yang dibeli semalam
oh ya.. jangan terpedaya sebab yang kale kuning tuh actually bukan kain lap kaki tau.. itu skirt yang baru sampai parcelnye hari ni setelah beli online minggu lepas.. suppose nak pink tapi dapat kuning.. so accept je la.. kisah skirt DISINI

Kenali anak Ke-2 dalam Family..Cik Tqah la tuh..

Salam readers belog sunyi sepi ini..
Pada hari Khamis yang indah ini ada sesuatu untuk dikongsikan buat tatapan blog sunyi sepi ni.. 
Tengah-tengah baca kat news feed di facebook tetiba ternampak notes yang dishare oleh salah sorang kawan Cik Tqah dengan tajuknya kenali anak kedua.

Setelah membaca keseluruhan notes dapatlah disimpulkan bahawa fakta yang dikeluarkan menyerupai hampir 100%. Kepada Mr Lebah.. saya harap anda dapat baca notes itu disini...


Amaran Keras: Dicopy dan paste dari link diatas..

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!! --> yeah..mama yang utama dalam semua hal.. mama sayang angah kannn

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.. --> kadang-kadang dengar gak ckp org len

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..--> to Mr Lebah : is it rite?hehe

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …--> everythings for u my dear (jiwang karat plak)

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi --> janji mesti ditepati k.. jangan wat macam2..

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka -->  tak suke kene tegur and suke bidas balik kalo org yang tegur tuh pon tak seberapa

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..--> yeah.. indipendent enough.. can talk to others without doubts.

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri -->kadang-kadang dengar gak arahan k.. actually boleh je ikut.. tapi arahan yang diberi tuh haruslah betul k..

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah -->  proved.. kalo gaduh memang xbleh baik dah.. sangat baik ngan kawan2 tapi jangan sampai pijak pala.. kalo tak nahas! (beware k..haha)

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas.... --> ye ke up to date? penjimat yang terhebat sebab takkan beli pakaian mahal.. murah then dapat banyak ok kan??

up to date tak eh??
okies la kawan-kawan.. nak sambung kije jap.. see u next entry :)

Wednesday, May 4, 2011

April babies birthday celebration

Mari mulakan entry ini dengan penuh senyuman hingga ke telinge seperti kera mendapat bunga..

*Peringatan: Entry ini penuh dengan gambar yang menyedapkan.. so.. kalau perut korang tengah lapa sila elakkan dari skroll ke bawah entry ini..

Birthday 1: 04042011

Pemunya Birthday : Cik Fiza

Rentetan sambutan:
- No suprise at all sebab every year sejak diploma wat suprise for her..
- Pegi The Curve sebab otw nak amek VCO kat sorg kakak yang jual kat FB
- Beli cupcake bersama b'day gurl kat Cupcake Chic
-Makan cupcake and celebrate kat Mc'D


Birthday 2 : 26.04.2011

Nama pemunya birthday is Ruwaida Afrah.. kitaorang just called Yda je..


Rentetan sambutan:
- Quite suprise for her sebab kitaorang celebrate awal.. sume dah ngantuk..dalam rancangan nak celebrate tepat 12 malam
- Just beli Big Apple Donut n letak lilin hepi besday je sebab da bosan nak makan kek





Risau tak bertempat!


Salam readers yang tak seberapa ramai yang membaca blog ini..
Terima kasih kepada pembaca setia.. pemberi komen yang bermanfaat..

Wah.. mood tengah baik kan.. tetiba bagi pujian kepada seluruh umat manusia di blog ini..

Sebelum memulakan pembacaan haruslah kite membuat mimik muke seperti diatas untuk menghayati situasi dibawah.. ok? go....

Hari ini.. saat ini.. dengan penuh semangat nak nak cerita kat korang sume.. pasal risau yang tak bertempat.. bukan ape.. susah la kalo kite sayangkan orang sekeliling.. so kalo kite kehilangan jejak walau 1 inchi pon kite akan mudah risau..

hal ini terjadi malam tadi.. kakak Cik Tqah yang sorang ni ketinggalan henponnya di rumah sebelum keluar mencari rezeki untuk shopping dan berjalan-jalan di hujung minggu.. so.. everyday selalunya dalam kul 6 die akan kol tanye Cik Tqah "wei..aku lapaq ni..malam ni nak makan apa?" ayat yang biasa hari-hari sampai kadang-kadang masa tengah drive tak terlayan la pertanyaan dia.. tapi disebabkan ketinggalan henponya semalam do dia tak dapat nk kol..
Cik Tqah sampai umah semalam dalam 7 lebih.. biasala KL petang-petang.. jem tak bleh nak kira.. yer la kan.. gerak dari Cyberjaya pon da pukul 6 lebih.. p isi minyak plak.. siap bengang kat bangla kt stesen minyak tuh.. tak bagi laluan kat Cik Tqah.. ops.. terlajak plak cite pasal menda lain..
sambung semula cerita.. then bila sampai ja umah tak da sapa balik lagi.. just sorang je kawan yang ada kat umah.. dia memang balik awal sebab dia kije gomen.. yer la kan.. gomen kul 5 dah bleh cabut dah..

Then after mandi solat sume tetibe je mood rajin nak mengemas dan mengelap lantai yang busuk di dapur.. korang tau kenapa busuk? Cik Tqah pon tak tau.. tapi rasanya ada orang beli ikan then tak buang sampah.. susah la dook ramai-ramai ni..macam-macam peel.. wat jadual buang sampah pon cm tak guna je.. tambahan pulak weekend ritu rumah kosong sebab cuti 3 ari.. sambil-sambil mop lantai tu basuh baju.. bukan pakai tangan yer..pakai mesin.. takla rajin sangat nak basuh pakai tangan wei.. hehe..

berbalik kepada kakak Cik Tqah..jam sudah menginjak pukul 10 malam.. tapi bayang jejak dia langsung tak kelihatan pulang... haish.. risau sangat nieh,. usya fb die kot-kot online tak online plak.. takkan la kije banyak sampai tak boleh nk sambung esok.. then disebabkan kerisauan yang melampau tak tahu mana nak jejak kasih die.. Cik Tqah kol mama.. bagitau sirih masih belum pulang ke ganggang.. eh.. silap.. kak long tak balik-balik umah.. then mama pon jadi risau.. memang la die da besar tapi menda nak jadi bukan boleh kire kan.. then mama suggest suh kol kawan die ke.. number ofis die ke.. suggestion lain berdoa die pulang dengan selamat.. disebabkan oleh kehilangannya selama 5 jam tu juga membantutkan hasrat CIk Tqah untuk melipat kain yang menimbun bagaikan Banjaran Himalaya (ini tipu je..rendah je pon)..

Sebab kerisauan juga Cik Tqah solat Isya' then berdoa agar die pulang dengan selamat dan segera.. nasib baiklan die pergi nek LRT..kalo die g nek moto lagi risau..lebih kurang pukul 11 terdengar bunyi manusia membuka grill.. dengan penuh harapan agar kaklongku pulang Cik Tqah berlari seperti Red Riding Hood(dusta jugak) untuk ke pintu.. apabila pintu terbuka.. oh.. Kak Longku.. so berakhirla episod kerisauan melampau..

Antara Sebab-Sebab risau:

  • berada di kotaraya KL yang kita tak tahu keadaan sekeliling
  • tubuh badan kak long kecik cam darjah 6..takut orang culik
  • takut die terjatuh lubang so takde orang nak selamatkan die or perasan die jatuh
  • tahap kepercayaan kepada orang asing 0% setelah kehilangan purse 

ok lah.. moral of the story.. jangan risau lebih jika orang tersayang anda hilang kurang dari 12 jam..sebab anda mungkin akan dimarahi sebab menyusahkan orang lain. Cik Tqah kene marah sebab kol kawan-kwan kak long :(

p/s: bile dah jadi macam semalam barula tersedar..rupa-rupanya aku sangat menyayangi die even kadang-kadang rase nk nyampah ngan die..aku tau die baca blog ni,. kantoi semalam buke page aku.. haha.. bye!

Tuesday, May 3, 2011

CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung


Salam readers.. 

dalam kekalutan kebizian menunaikan kewajipan sebagai seorang pekerja yang berhemah.. adegan melalukan pekerjaan haruslah diselitkan dengan aktiviti ber belog.. sedang diri khusyuk menatap belog.. tetiba hati melonjak-lonjak untuk join contest dibawah.. 


Antara Syarat-syarat contest yang harus dipatuhi adalah..

1. WAJIB follow blog Leen sebab dia yang akan updated pemenang.-->DONE
2. Letak tajuk entri korang "CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung" -->DONE
3. Letak BANNER diatas didalam entri korang dan LINK kan ke entri ini -->DONE spt diatas
4. Letak gambar Janggut atau gambar Muncung dalam entri [GAMBAR SENDIRI]
5. Buat ayat paling kreatif untuk menarik hati JURI jangan buat karangan
6. Kemudian paste link entri korang didalam entri INI untuk semua kategori

TARIKH TUTUP
5 / 5 / 2011

PEMENANG DI UMUMKAN
15/5/2011

Gambar muncung ITIK yang dipertaruhkan..


Ayat Kreatif: Muncung-muncung jugak.. mana-mana kontest join tak pernah menang pulak..